awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo tawar 20 peratus diskaun sempena Tahun Baharu Cina
P. Pinang beri kerjasama penuh kepada SPRM siasat pegawai kanan kerajaan negeri
Tuntung mati tersangkut di rawai di Sungai Kemaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah cucu Tun M dipecah masuk masih dalam siasatan – Polis

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
26/07/2025
11:15 MYT
Rumah cucu Tun M dipecah masuk masih dalam siasatan – Polis
Mohamed Usuf mengesahkan insiden pecah masuk di kediaman cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, masih dalam siasatan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan insiden pecah masuk di kediaman cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, masih dalam siasatan.

Ringkasan AI
  • Kediaman cucu Tun Dr Mahathir di Bukit Ledang dipecah masuk, disedari oleh pembantu rumah sekitar jam 3 petang Rabu lalu. Pintu pagar belakang dipotong dan bilik utama dimasuki pencuri.
  • Kerugian dianggarkan RM1.8 juta, melibatkan kehilangan barangan kemas lama milik peribadi. Mangsa jarang menetap di rumah tersebut, hanya penjaga dan pembantu rumah berada di lokasi semasa kejadian.
  • Polis sedang giat menyiasat, termasuk meneliti rakaman CCTV dan menjalankan siasatan forensik. Setakat ini, suspek masih belum dikenal pasti dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan kepada umum.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, rumah berkenaan dipercayai tidak didiami secara tetap oleh mangsa ketika kejadian berlaku.
“Semasa kejadian, memang dia tidak berada di rumah. Kita difahamkan dia jarang tinggal di situ, hanya pembantu rumah dan penjaga sahaja yang ada di situ,” katanya kepada media hari ini.
Sidang Media PDRM berkenaan Himpunan Merayakan Demokrasi: Turun Anwar
Tambah beliau, pasukan siasatan mendapati terdapat kesan pecah masuk di kediaman tersebut, namun belum dapat dipastikan waktu sebenar kejadian berlaku.
“Memang rumah tersebut dipecahkan, dan kita sedang siasat. Setakat ini kita masih mencari siapa yang melakukan perkara tersebut,” jelasnya.
Menurutnya, kerugian dianggarkan sekitar RM1.8 juta, yang melibatkan pelbagai barangan kemas lama yang dipercayai milik peribadi.
“Ia lebih kepada barangan kemas lama. Kita juga sedang mengenal pasti suspek terlibat dan menunggu laporan penuh siasatan forensik,” katanya lagi.
Polis turut memaklumkan bahawa siasatan terperinci termasuk rakaman forensik sedang dijalankan, dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.
Terdahulu pada Rabu, polis giat mengesan penjenayah kes pecah masuk kediaman cucu kepada bekas Perdana Menteri itu di Bukit Ledang di sini, yang melibatkan kerugian kira-kira RM1.8 juta.
Topic Berkaitan
#cucu Tun M
#Mahathir Mohamad
#rumah pecah masuk
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan