awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar konsisten pertahankan prinsip demokrasi, hormati kritikan asalkan tertib dan aman

Bernama
Bernama
26/07/2025
14:40 MYT
PM Anwar konsisten pertahankan prinsip demokrasi, hormati kritikan asalkan tertib dan aman
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendiriannya yang konsisten untuk terus menjunjung prinsip demokrasi termasuk kebebasan bersuara serta menyatakan kritikan secara tertib dan aman. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendiriannya yang konsisten untuk terus menjunjung prinsip demokrasi termasuk kebebasan bersuara serta menyatakan kritikan secara tertib dan aman.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmennya terhadap prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara selagi ia dilakukan secara tertib dan aman.
  • Beliau menghargai petugas keselamatan serta mengajak rakyat untuk terus berdialog dan berwacana secara matang demi membina negara.
  • Anwar juga menggalakkan penyertaan aktif dalam sesi PMQT di Parlimen dan memaklumkan tentang usaha pemuliharaan mercu bersejarah menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Beliau berkata kritikan dan perbezaan pandangan tidak seharusnya dilihat daripada lensa permusuhan, sebaliknya harus terus bercambah dan subur mekar menjadi denyut nadi negara bangsa yang matang, progresif dan berdaulat asalkan ia berlangsung secara tertib, aman dan semangat cintakan tanah air.
"Saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas pasukan keselamatan daripada polis, bomba, pasukan perubatan dan sukarelawan yang telah bertugas dengan ketangkasan, disiplin dan dedikasi yang tinggi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta memastikan kelancaran acara himpunan yang berlangsung hari ini.
"Kepada saudara saudari yang hadir, sama ada yang menyuarakan pandangan, menyatakan solidariti, mahupun yang datang dari jauh, saya ucapkan selamat berpulang ke destinasi masing-masing. Semoga perjalanan kalian dipermudah dan dilindungi," katanya dalam hantaran di Facebook malam ini.
Anwar berkata prinsip sama turut disemangati melalui Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Parlimen, yang membolehkan Ahli Parlimen mengemukakan sebarang soalan serta menyatakan bangkangan secara terus kepada beliau selaku Perdana Menteri.
"Mohon kalian terus desak Ahli-Ahli Parlimen untuk terus hadir dan aktif mengambil bahagian di semua sesi, terutamanya sesi PMQT," kata beliau.
Anwar turut mengundang rakyat untuk terus berdialog dan berwacana, mencari titik temu, melakar serta membina negara ini bersama, tidak sekadar di jalanan, tetapi bangkit telaah, menggapai dan menguasai lapangan-lapangan baharu agar negara ini dilonjak ke depan secara mantap dan bertenaga.
"Dan andai kalian berkesempatan lagi di masa hadapan, jangan lupa untuk kembali ke Kuala Lumpur. Mercu-mercu tanda bersejarah di sekitar ibu kota, termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, kini sedang dalam rencana pemuliharaan secara besar-besaran agar kita dapat tingkatkan pelancongan dan mendukung ekonomi di sekitar ibu kota yang sarat nilai sejarah, harapan dan semangat nasional, terutamanya bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 kelak dan pelbagai aktiviti menarik menanti, insya-Allah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#prinsip demokrasi
#kritikan secara tertib
#kebebasan bersuara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan