MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 Ogos 2025.
1. Lawatan Agong ke Rusia buka lembaran baharu hubungan dua hala - Anwar
Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Rusia untuk Lawatan Negara atas jemputan rasmi Presiden Vladimir Putin, membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala Malaysia dengan negara itu.
2. 'Sebab nak tolong Melayulah hutang wajib dibayar!' - Asyraf Wajdi
Teguran terhadap peminjam Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang gagal melunaskan bayaran bukanlah satu bentuk kekerasan, sebaliknya satu tanggungjawab demi kelangsungan bantuan kepada generasi seterusnya, kata Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
3. Video dakwa ada istiadat perkahwinan diraja, pejabat Sultan Perak lapor polis
Pejabat Sultan Perak membuat laporan polis susulan video tular melalui TikTok mengandungi maklumat palsu berkaitan Istiadat Perkahwinan Diraja Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang kononnya akan berlangsung pada 7 Ogos ini.
4. Malaysia tidak korban kepentingan nasional untuk layanan istimewa - Tengku Zafrul
Malaysia tidak mengorbankan kepentingan nasional demi mendapatkan layanan istimewa, sebaliknya, rundingan bersama Amerika Syarikat mengekalkan keunikan dasar negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
5. Counter-setting KLIA: 26 penguat kuasa dibuang kerja tahun lepas - Saifuddin Nasution
Sebanyak 26 anggota dan pegawai penguat kuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dibuang kerja tahun lepas kerana terlibat dengan sindiket counter-setting, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini.
6. Kes Zayn Rayyan: Istilah ‘mengabaikan’ tidak penuhi definisi WHO dan APA – Saksi
Perkataan “mengabaikan” yang digunakan dalam pertuduhan terhadap ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan tidak memenuhi definisi pengabaian seperti ditetapkan APA dan WHO.
7. Letupan paip gas Putra Heights: Kerajaan Selangor nafi layanan tidak adil bantuan baik pulih rumah
Jumlah bantuan yang diberikan bergantung sepenuhnya kepada tahap kerosakan kediaman dan bukannya lokasi insiden semata-mata.
8. Kematian Zara Qairina: Kertas siasatan sudah diserah kepada Jabatan Peguam Negara - KPN
Kertas siasatan kematian Zara Qairina Mahathir yang dikaitkan dengan dakwaan buli telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
9. Kelantan catat kadar penagih, penyalah guna dadah ketiga tertinggi - AADK
Kelantan mencatatkan sebanyak 11,280 penagih dan penyalah guna dadah setakat Mac 2025, menjadikan negeri ini berada pada kedudukan ketiga tertinggi di negara ini bagi kadar penagih dan penyalah guna dadah bagi setiap 100,000 penduduk dengan 597 kes.
10. Pembangkang cadang tubuhkan jawatankuasa rentas parti teliti sasaran RMK12 tidak tercapai
Pembangkang mencadangkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Rentas Parti bagi meneliti jurang pencapaian sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) serta merangka langkah pelaksanaan yang lebih berkesan untuk memastikan keberhasilan RMK13 dan rancangan pembangunan negara seterusnya.