awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100m T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian Zara Qairina: Kertas siasatan sudah diserah kepada Jabatan Peguam Negara - KPN

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
04/08/2025
10:27 MYT
Kematian Zara Qairina: Kertas siasatan sudah diserah kepada Jabatan Peguam Negara - KPN
MOHD KHALID: Ya, sudah serah dan kita tunggu arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kematian pelajar sekolah agama, Zara Qairina Mahathir, yang dikaitkan dengan dakwaan buli di Papar, Sabah, pada 16 Julai lalu sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), pada Isnin.

Ringkasan AI
  • Kertas siasatan kematian Zara Qairina Mahathir yang dikaitkan dengan dakwaan buli telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
  • Mangsa, pelajar Tingkatan Satu SMKA Tun Datu Mustapha, ditemukan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari tingkat tiga asrama dan meninggal dunia di hospital.
  • Polis telah merekodkan keterangan kira-kira 60 saksi dan tidak menolak kemungkinan wujud unsur buli dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Astro AWANI.
“Ya, sudah serah dan kita tunggu arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara,” katanya pada Isnin.
Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar itu didakwa terjatuh dari tingkat tiga dan ditemukan tidak sedarkan diri di tepi longkang berhampiran asrama pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu.
Mangsa disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.
Kes kematian pelajar berkenaan tular serta menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat di media sosial.
Pada 31 Julai lalu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun memaklumkan pihak polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur buli dalam kejadian berkenaan.
Beliau sebelum ini memaklumkan kertas siasatan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Khamis lalu untuk penelitian akhir sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.
Polis juga, menurutnya, telah merekodkan keterangan kira-kira 60 saksi.
Topic Berkaitan
#Zara Qairina Mahathir
#Ketua Polis Negara
#Mohd Khalid Ismail
#Kertas siasatan kematian
#Jabatan Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan