MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 September 2025.
1. Kanak-kanak 7 tahun parah dipukul bapa saudara dengan tukul
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun parah selepas dipercayai dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya di sebuah rumah kedai di Jalan Kedai Jelawat, di sini pada Khamis.
2. Siasatan akaun bank luar negara Anwar selesai sejak 2022 - SPRM
Hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memiliki 20 akaun bank luar negara termasuk di Israel mendapati tiada sebarang bukti atau keterangan yang boleh dikaitkan.
3. Malaysia salur lebih RM70 juta kepada Palestin sejak 2024 - Mohamad
Malaysia telah menyalurkan lebih RM70 juta (AS$17 juta) dalam bentuk bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada Palestin sejak 2024, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
4. Tiada rundingan bersama ejen pelaburan berhubung penerimaan wang RM2.8 juta - Bung Moktar
Beliau menafikan terima RM2.8 juta atau terlibat dalam sebarang perundingan dengan ejen Public Mutual berhubung pelaburan Felcra dalam unit amanah.
5. Menteri Pertahanan, MINDEF setuju tidak ulas kematian PALAPES UTM
Kedua-duanya bersetuju untuk tidak lagi mengulas berhubung kematian pelatih PALAPES, Syamsul Haris Shamsudin sehingga siasatan kes itu selesai.
6. Anwar jawab spekulasi bubar DUN, tekankan fokus pembangunan rakyat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan fokus utama kerajaan ketika ini adalah memastikan agenda pembangunan rakyat berjalan lancar.
7. Inkues Zara Qairina: Saksi dedah kewujudan ‘Circle 19’ - Peguam
Inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu berkaitan kewujudan satu kumpulan pelajar yang digelar 'Circle 19' oleh saksi ke-13.
8. Minit mesyuarat ditandatangani Najib hanya kelulusan, bukan resolusi yang mengikat - Peguam
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa minit mesyuarat yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kebanyakannya adalah kelulusan semata-mata dan bukan resolusi yang bersifat mengikat.
9. Azlan Man buat tuntutan perjalanan ke seberang laut lebih RM900,000 - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man telah membuat tuntutan berjumlah RM954,830.10 bagi perjalanan ke seberang laut dari 2014 hingga 2017.
10. FIFA denda FAM, tujuh pemain digantung 12 bulan
Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenakan hukuman terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.