awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
Penganggur ditahan pukul pemandu e-hailing guna pengunci stereng di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Zara Qairina: Saksi dedah kewujudan ‘Circle 19’ - Peguam

Fadhil Selihin
Fadhil Selihin
26/09/2025
11:33 MYT
Inkues Zara Qairina: Saksi dedah kewujudan ‘Circle 19’ - Peguam
Saksi memberitahu ada melihat Zara Qairina terbaring berhampiran rumah warden asrama pada subuh 16 Julai, sebelum mayatnya dibawa ke hospital. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu berkaitan kewujudan satu kumpulan pelajar yang digelar 'Circle 19' oleh saksi ke-13.

Ringkasan AI
  • Inkues mendedahkan kewujudan kumpulan pelajar bernama Circle 19 yang terdiri daripada 19 rakan rapat, termasuk saksi ke-13 yang mengaku sebagai ahli kumpulan tersebut.
  • Saksi melihat Zara Qairina terbaring berhampiran rumah warden pada subuh 16 Julai, sebelum mayatnya dibawa ke hospital.
  • Beberapa individu daripada Circle 19 dikaitkan dengan kata-kata kesat terhadap Zara pada malam sebelum kejadian.

Peguam ibu Allahyarham Zara, Shahlan Jufri berkata, saksi terbabit memberitahu kumpulan itu terdiri daripada 19 pelajar yang merupakan kawan rapat antara satu sama lain.
"Kami tanya sama ada dia tahu pasal geng 'Circle 19' ini. Dia jawab tahu, malah menyebut nama-nama yang terlibat.
"Jumlahnya 19 orang dan kumpulan itu merupakan kawan-kawan rapat sejak dahulu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Shahlan menambah, saksi turut menyatakan pada subuh, 16 Julai lalu, dia sempat melihat Zara Qairina dalam keadaan terbaring di kawasan berhampiran rumah warden asrama sekolah terbabit sebelum mayatnya dibawa ke hospital.
Selain itu, katanya lagi, ketika ditanya lanjut mengenai 'Circle 19', saksi mengesahkan memang terdapat 19 ahli dalam kumpulan tersebut, malah menyebut nama seorang demi seorang ketika disoal.
"Saksi ini juga mengakui dirinya sebahagian daripada 'Circle 19'.
“Kesemua 19 pelajar ini adalah rakan rapat. Itulah nama yang mereka gunakan sendiri sebagai identiti kumpulan tersebut,” jelasnya.
Menurutnya, antara individu yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Zara pada malam sebelum kejadian turut dikaitkan dengan kumpulan berkenaan.
Prosiding inkues akan bersambung pada sesi berikutnya di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan.
Allahyarham Zara ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini pada keesokan harinya.

Topic Berkaitan
#inkues Zara Qairina
#kumpulan Circle 19
#peguam Shahlan Jufri
#saksi ke-13
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan