[LAPOR LANGSUNG] 9 rakyat Malaysia ditahan rejim Israel
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 08/10/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Oktober 2025.


1. [LAPOR LANGSUNG] Kapal FFC, Thousand Madleens diserbu Israel, 9 delegasi Malaysia antara yang terlibat

Kesemua sembilan kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) telah dipintas oleh tentera Israel kira-kira jam 10.50 pagi waktu Malaysia.



2. Dadah 385kg bernilai RM13 juta dirampas di Lebuhraya Utara Selatan

Polis berjaya merampas dadah seberat 385 kilogram (kg) selepas mengejar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sejauh dua kilometer di Lebuhraya Utara Selatan, dekat Slim River, pada Isnin.


3. Kes influenza di Kelantan meningkat, lima kluster sekolah dikesan

Jabatan Kesihatan Kelantan mengesahkan berlaku peningkatan kes influenza dengan lima kluster dilaporkan melibatkan institusi pendidikan khususnya di sekolah berasrama, kata Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin.


4. Kapal misi FFC dan TMTG diserbu: MyCARE terputus hubungan komunikasi 10.03 pagi

MyCARE memaklumkan pihaknya terputus hubungan komunikasi dengan delegasi misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition bersama Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) pada jam 10.03 pagi.


5. PRN Sabah: SPR adakan Mesyuarat Khas 16 Okt

SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 16 Okt ini, bagi membincangkan beberapa tarikh penting dan perkara lain berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.


6. Inkues Zara Qairina: Saksi akui pernah periksa lokar Zara, jumpa wang tunai

Saksi memberitahu Mahkamah Koroner bahawa sebelum sambutan Aidilfitri lalu, dia bersama tiga lagi rakan pernah memeriksa lokar milik Allahyarham Zara dan menemui sejumlah wang tunai di dalamnya.


7. Turkiye berhasrat bantu bebaskan sembilan aktivis FFC ditahan Israel - PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Turkiye akan membantu dalam usaha membebaskan sembilan aktivis Freedom Flotilla Coalition (FFC) Malaysia yang ditahan rejim Zionis Israel pada pagi Rabu.


8. Himpunan Solidariti Gaza: Perlu usaha tingkat kesedaran pelbagai komuniti - GPM

Lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia mengenai perjuangan hak Palestin.


9. HIES 2024: Kadar kemiskinan tegar negara turun kepada 0.09 peratus

Malaysia telah mencapai matlamat utama apabila kemiskinan tegar hampir dinoktahkan kepada 0.09 peratus berdasarkan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2024 yang diumumkan hari ini, berbanding 0.2 peratus direkodkan pada 2022.


10. BUDI95: Kelayakan tambahan pemandu e-hailing berdasarkan penggunaan

Kelayakan bagi kuota tambahan di bawah inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) untuk pemandu e-hailing dan p-hailing akan ditentukan berdasarkan tahap penggunaan bahan api masing-masing, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.





#berita pilihan #tempatan #BUDI95 #rejim Zionis