Terkini: Inkues kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 13/10/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Oktober 2025.


1. Bekas Speaker Dewan Negara Tan Sri Adam Kadir meninggal dunia

Tan Sri Adam Kadir meninggal dunia pada usia 83 tahun, dikenang sebagai tokoh politik, penulis dan sasterawan yang disegani.



2. Allahyarham Datuk Usman Awang dianugerahkan Tokoh Mengukir Bangsa (Penyair Tersohor)

Program bertemakan -Bahasa Melayu Mengangkat ASEAN- dianjurkan oleh PABMM bersama rakan kerjasama serantau.


3. 'Jabatan kecemasan penuh pesakit influenza' - Pegawai farmasi kongsi situasi di hospital

KKM beri amaran influenza bukan penyakit ringan, berisiko menyebabkan komplikasi serius seperti radang paru-paru dan kematian dalam kalangan golongan berisiko tinggi.


4. Murid terlibat salah laku seksual di Melaka dibuang sekolah serta-merta - KP Pendidikan

Kesemua murid yang terlibat dalam kes salah laku seksual di sebuah sekolah di Melaka, telah diambil tindakan dibuang sekolah serta-merta.


5. Inkues: Zara Qairina berkurung dalam tandas selepas dipanggil kumpulan 'Circle 19' - Saksi

Seorang saksi memberitahu Mahkamah Koroner bahawa Allahyarham Zara Qairina Mahathir, berkurung di dalam tandas asrama pada malam dia dipanggil oleh kumpulan 'Circle 19'.


6. PRN Sabah: BN tampil 81 peratus muka baharu, tawaran baharu untuk Sabah

Barisan Nasional (BN) Sabah bakal menampilkan ‘calon segar’ dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, dengan 81 peratus daripada mereka merupakan muka baharu.


7. BUDI95: Kelayakan diperluas kepada pengguna bot Sarawak, siling e-hailing dinaikkan

Sistem Subsidi Bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kini diperluas kepada pengguna bot berdaftar di Sarawak.


8. 6,000 pelajar dijangkiti influenza, sekolah diarah ikut garis panduan KKM - KP Pendidikan

Kira-kira 6,000 pelajar sekolah di seluruh negara direkodkan dijangkiti penyakit influenza setakat ini dan beberapa sekolah terpaksa ditutup atas nasihat pejabat kesihatan daerah masing-masing.


9. Malaysia terus diiktiraf hab kewangan Islam global, serlah nilai asas etika - PM Anwar


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengiktirafan berterusan Malaysia sebagai hab kewangan Islam global diyakini dan membolehkan pelabur mendapatkan kestabilan, kejelasan serta peluang, turut menjadi paparan nilai asas etika negara dalam sektor berkenaan.


10. IPT disaran ambil langkah berjaga-jaga, kekang penularan influenza - Zambry

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengingatkan semua institusi pengajian tinggi (IPT), supaya mengambil langkah yang perlu bagi mengelak sebarang kemungkinan penularan penyakit influenza dalam kalangan mahasiswa.






#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI