MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 November 2025.
1. Polis kesan pelajar tahfiz hilang dari madrasah di Tangkak
Muhammad Aisy Thaqif Mohd Khalid, kali terakhir dilihat berada di perkarangan madrasah memakai jersi berwarna biru gelap dan seluar tiga suku berwarna hitam.
2. AGC akan rayu keputusan mahkamah berhubung kes kehilangan Pastor Koh, Amri Che Mat
AGC memaklumkan, keputusan tersebut dibuat selepas meneliti alasan penghakiman yang diberikan.
3. AKPS gagalkan cubaan seludup dadah ke Manchester bernilai RM8.3 juta
Cubaan tersebut dilakukan oleh dua pasangan lelaki dan wanita berusia lingkungan 20-an dari Johor,
4. 'Alhamdulillah, saya sihat' - PM Anwar tarik perhatian media dengan aksi spontan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri tumpuan apabila beliau secara spontan melompat kecil di hadapan pengamal media di sebuah acara hari ini.
5. Penjawat awam Kelantan terima bantuan khas kewangan RM500
Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 15 dan ke bawah.
6. Krisis Bersatu: Saifuddin mahu dua ahli Lembaga Disiplin undur diri
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mendesak dua ahli Lembaga Disiplin parti itu mengundur diri atas alasan wujud konflik kepentingan.
7. Malaysia kini miliki pusat ujian cip termaju, pertama di rantau Asia Tenggara
Malaysia melakar satu lagi kejayaan dalam industri semikonduktor menerusi perasmian Pusat Ujian Cip Termaju yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bersempena pelancaran Malaysia Semiconductor IC Design Park (IC Park 2) yang terletak di CoPlace 9, Cyberjaya.
8. Penemuan kapal purba Melaka berpotensi ubah landskap kajian sejarah
Penemuan serpihan objek dipercayai milik kapal purba berhampiran perairan Pulau Melaka di sini berpotensi mengubah landskap kajian sejarah mengenai era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
9. Kebakaran Balakong: Bomba kawal kebakaran seluas tiga ekar di bukit berhampiran Taman Seri Timah
Kebakaran hutan yang berlaku di kawasan berbukit Taman Seri Timah, Balakong petang Khamis, berjaya dikawal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) biarpun ia meliputi kawasan berbukit yang curam seluas tiga ekar.
10. Inkues Zara Qairina: Saksi mengaku bawa Zara ke bilik lain untuk pemeriksaan mengejut
Seorang saksi kanak-kanak memberitahu Mahkamah Koroner di sini, bahawa dia membawa Zara Qairina Mahathir ke bilik lain bagi membolehkan pemeriksaan almari dan barangan milik Allahyarham dilakukan pada malam 15 Julai lepas.