MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 November 2025.
1. Kesilapan kontraktor punca kebocoran air Terminal 1 KLIA
Kesilapan kontraktor dalam mengendalikan kerja-kerja pembaikan di Terminal 1 Lapangan Terbang Kuala Lumpur menjadi punca kepada kebocoran bumbung yang dilaporkan berlaku malam semalam.
2. PRN Sabah: Dua calon Parti Damai Sabah gagal serah pencalonan kerana lewat
Dua calon daripada Parti Damai Sabah gagal menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 selepas lewat tiba di Pusat Penamaan Calon.
3. PRN Sabah: Saingan 13 penjuru di DUN Tamparuli, lapan penjuru di Kiulu
Dua kerusi tumpuan di Parlimen Tuaran, Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli dan Kiulu, masing-masing menyaksikan saingan 13 dan lapan penjuru pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, kali ini.
4. PRN Sabah: Kerusi mana paling sengit, siapa calon termuda?
Saingan sengit dengan 596 calon bertanding bagi 73 kerusi DUN, menunjukkan kepelbagaian ideologi parti serta individu yang bersaing.
5. Krisis sempadan Thailand-Kemboja: Malaysia sambut baik kesediaan berdialog - PM Anwar
Perdana Menteri menyambut baik kesediaan serta jaminan yang diberikan Kemboja dan Thailand untuk memilih serta meneruskan pendekatan dialog dan usaha diplomatik.
6. Kerajaan usaha tunaikan hak 40 peratus hasil Sabah - PM Anwar
Beliau menegaskan bahawa kerajaan Pusat tidak akan berundur dalam usaha menunaikan hak Sabah berkaitan tuntutan 40 peratus hasil negeri itu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
7. Tren pertama tiba di Johor, Projek RTS Link masuki 'fasa kritikal' ujian percubaan
Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura memasuki fasa baharu hari ini, apabila set Tren 02 menjadi tren pertama berjaya ditempatkan di Depoh Wadi Hana, sekali gus menandakan permulaan 'fasa kritikal' bagi proses ujian dan pentauliahan projek itu.
8. Kerajaan Pahang harap caj Jalan Genting Highlands ambil kira kepentingan penduduk
Kerajaan Pahang berharap sebarang caj dikenakan untuk kenderaan yang memasuki Jalan Genting Highlands kelak mengambil kira kepentingan serta kesejahteraan penduduk setempat.
9. PRN Sabah: Pejuang nafi bertanding, buat laporan polis
Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) menegaskan bahawa parti itu tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa wujud calon yang mewakili parti berkenaan.
10. Hadir ke Sabah tunai amanah rakyat, bukan cari keuntungan peribadi - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kehadirannya ke Sabah bukan untuk meraih keuntungan peribadi, sebaliknya menunaikan amanah memelihara hak dan masa depan rakyat negeri itu.