MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 November 2025.
1. UM kekal universiti terbaik negara dalam QS World University Rankings: Sustainability 2026
Universiti Malaya (UM) mengekalkan kedudukan sebagai universiti terbaik di Malaysia untuk tahun ketiga berturut-turut dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings: Sustainability 2026.
2. KDN semak kejadian kapal nelayan, tiga kru 'ghaib' lebih sebulan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membuat semakan lanjut berhubung kejadian kehilangan sebuah kapal nelayan Sandakan bersama tiga kru sejak Oktober lalu.
3. Malaysia tegaskan kedaulatan dalam industri nadir bumi
Malaysia menegaskan hak kedaulatannya dalam industri unsur nadir bumi (REE) walaupun terdapat beberapa perjanjian telah ditandatangani di peringkat antarabangsa.
4. Sistem pendidikan negara perlu pembaharuan menyeluruh - Agong
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan bahawa sistem pendidikan negara perlu melalui pembaharuan menyeluruh dengan memberi tumpuan kepada aspek kemanusiaan, moral, kawalan emosi dan kesedaran undang-undang dalam kalangan pelajar.
5. Pengisian guru di seluruh negara lebih 98 peratus - Fadhlina
Kerajaan MADANI terus memperlihatkan komitmen kukuh dalam menangani isu kekurangan guru dengan mencapai kadar pengisian lebih 98 peratus bagi penempatan cikgu di seluruh negara.
6. Rayuan taksiran cukai hanya sah apabila kemuka Borang Q - LHDN
Pembayar cukai diingatkan bahawa setiap rayuan terhadap taksiran cukai hanya sah sekiranya dikemukakan menggunakan Borang Q dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis dikeluarkan.
7. Berang ditegur tidak ke sekolah, remaja toreh bapa
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun menoreh belakang badan dan lengan kiri bapanya menggunakan pisau dipercayai kerana berang ditegur tidak hadir sekolah, pada Isnin lepas.
8. Kelantan akan umum garis panduan dan syarat mendulang emas
Garis panduan dan syarat lengkap bagi aktiviti mendulang emas di Kelantan akan diumumkan selepas dibentangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri yang akan datang, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
9. Jabatan Perikanan sahkan kehadiran ubur-ubur kotak di perairan Langkawi
Jabatan Perikanan Kedah mengesahkan kehadiran ubur-ubur kotak atau box jellyfish di perairan Langkawi yang dilaporkan sejak beberapa hari lepas.
10. Malaysia, Ethiopia perlu permudah dan percepat kerjasama ekonomi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan berbincang dengan rakan sejawatnya Dr Abiy Ahmed Ali tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mempermudah dan mempercepat kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Ethiopia.