awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM siasat isu perolehan RM58.45 juta di UKM

Bernama
Bernama
22/11/2025
12:15 MYT
SPRM siasat isu perolehan RM58.45 juta di UKM
SPRM memulakan siasatan berhubung isu tiga tender perolehan bernilai RM58.45 juta di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) pada Julai lepas. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung isu tiga tender perolehan bernilai RM58.45 juta di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) pada Julai lepas.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Zainul Darus berkata proses siasatan merangkumi penelitian dokumen berkaitan dan lima individu telah dipanggil bagi membantu siasatan.
"Selain siasatan jenayah rasuah, SPRM turut membuka kertas penyiasatan tatakelola bagi meneliti aspek pengurusan dan kepatuhan tatakelola dalam perolehan berkenaan.
"Isu ini turut mendapat perhatian apabila dibangkitkan dalam titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Majlis Pengisytiharan Pembukaan Konvokesyen ke-53 UKM di Bangi hari ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Zainul juga berkata SPRM akan memberikan komitmen berterusan dalam memastikan integriti dan pengurusan tatakelola negara dilaksanakan dengan baik, selaras dengan usaha memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap sistem perolehan awam.
Pada 21 Julai lepas, LKAN mendedahkan UKM berdepan isu ketakteraturan serius serta kelemahan dalam proses perolehan membabitkan tiga tender bernilai RM58.45 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#UKM
#siasatan
#Laporan Ketua Audit Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan