MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 November 2025.
1. Isu Thai-Kemboja: Bukan campur tangan, Malaysia hanya memudah cara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan peranannya dalam perjanjian gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja yang dicapai di Kuala Lumpur baru-baru ini.
2. Mesir jemput Malaysia anjur bersama sidang antarabangsa pemulihan Gaza - PM
Mesir telah menjemput Malaysia untuk menjadi penganjur bersama satu sidang antarabangsa mengenai pemulihan awal dan usaha pembinaan semula Gaza.
3. Banjir Hatyai: Malaysia koordinasi bantuan dengan kerajaan Thailand - Ahmad Zahid
Kementerian Luar dan kerajaan Thailand akan melaksanakan koordinasi bantuan kepada rakyat Malaysia yang terkandas akibat bencana banjir di Hatyai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
4. PRN Sabah: Bung Moktar anjur konsert, bawa Amy Search ke Lamag
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mengambil pendekatan lebih santai dengan mengadakan konsert Himpunan Hanya Ada Yang Satu.
5. Banjir Hatyai: Rakyat Malaysia terkandas diminta bersedia untuk operasi pemindahan sementara
Semua rakyat Malaysia yang terkandas di hotel-hotel di Hatyai akibat banjir diminta bersedia di lobi penginapan masing-masing bagi memudahkan operasi pemindahan sementara.
6. PRN Sabah: PH lancar manifesto, tumpu perkara asas
Pakatan Harapan Sabah melancarkan manifesto sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang menumpukan kepada perkara asas.
7. Polis larang orang ramai hampiri kawasan pantai musim MTL
Polis mengingatkan orang ramai agar tidak berkumpul atau melakukan sebarang aktiviti rekreasi di pesisir pantai pada musim Monsun Timur Laut (MTL).
8. Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah - Mohamed Khaled
Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan anggota tentera di Sabah sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kawalan keselamatan di negeri itu, kata menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
9. PRN Sabah: SPR nafi tuduhan pemantauan luar biasa terhadap calon, parti
Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memberi tumpuan khusus atau menyasarkan mana-mana parti mahupun pihak-pihak tertentu, kata Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus.
10. Pulau Pinang, Perak negeri terbaharu terjejas banjir, mangsa di tiga negeri terus meningkat
Pulau Pinang dan Perak menjadi dua negeri terbaharu dilanda banjir, manakala jumlah mangsa bencana itu di Kelantan, Kedah dan Perlis yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat, setakat 8 malam.