MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 Disember 2025.
1. Pencarian MH370 akan disambung semula pada 30 Dis ini
Ocean Infinity telah mengesahkan kepada Kerajaan Malaysia bahawa ia akan menyambung semula operasi pencarian dasar laut selama 55 hari.
2. Tiga menteri angkat sumpah Ahli Dewan Negara penggal kedua
Upacara angkat sumpah berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah di Parlimen.
3. Ancaman bom palsu cetus suasana gempar di KLIA
Protokol kecemasan diaktifkan, kawasan ditutup, penumpang dikawal, suspek ditahan, dan diserahkan kepada polis.
4. Siasatan selesai, Shamsul Iskandar dan Albert Tei didakwa esok - KP SPRM
(SPRM) mengesahkan siasatan terhadap Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei telah selesai dan mereka akan didakwa di mahkamah esok.
5. Tengku Zafrul dilantik Pengerusi MIDA
Perdana Menteri bersetuju melantik Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkuat kuasa 3 Disember 2025 bagi tempoh dua tahun.
6. Inkues Zara Qairina: Guru disiplin akui wujud budaya 'ragging'
Seorang guru disiplin hari ini mengaku di Mahkamah Koroner di sini bahawa memang wujud budaya ragging dalam kalangan pelajar senior di SMKA Tun Datu Mustapha.
7. Hakim Besar Malaya berikrar laksana pembaharuan bagi tingkat kecekapan mahkamah
Hakim Besar Malaya yang baru dilantik Datuk Hashim Hamzah berikrar untuk memperkukuh sistem penyampaian keadilan dengan menekankan kepentingan hakim menyediakan alasan penghakiman serta mempercepatkan prosiding mahkamah.
8. Perak terus diberi kelonggaran eksport REE walau moratorium berkuat kuasa hingga 2027
Perak terus diberi kelonggaran untuk mengeksport unsur nadir bumi (REE) meskipun larangan eksport bahan itu berkuat kuasa sehingga 2027 berikutan negeri itu masih berada dalam fasa projek perintis.
9. Ops Songsang: Tiada salah guna kuasa, siasatan masih berjalan - Polis
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tiada isu salah guna kuasa dalam Ops Songsang seperti dakwaan beberapa pihak baru-baru ini, termasuk sengaja melengah-lengahkan proses pelepasan tahanan sehingga melebihi tempoh 24 jam.
10. JSJ Bukit Aman tubuh pasukan khas siasat dakwaan ahli keluarga suspek tembak mati di Melaka
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan ahli keluarga tiga suspek lelaki yang ditembak mati di Durian Tunggal, Melaka pada 24 Nov lepas, yang tidak berpuas hati dengan tindakan polis.