awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan P.Pinang ambil tindakan atasi isu kesalinghubungan feri-rel
ATM masih dibarisi anggota berintegriti, ikhlas berkhidmat - Mohamed Khaled
PLKN: Pendaftaran sebahagian pelatih di Kem 505 Pekan ditangguhkan, elak lebih kapasiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Zafrul dilantik Pengerusi MIDA

Astro Awani
Astro Awani
03/12/2025
08:30 MYT
Tengku Zafrul dilantik Pengerusi MIDA
Tengku Zafrul juga akan diberikan beberapa tanggungjawab tambahan yang sedang diperinci dan diumumkan kemudian Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri bersetuju melantik Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkuat kuasa 3 Disember 2025 bagi tempoh dua tahun.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Tengku Zafrul juga akan diberikan beberapa tanggungjawab tambahan yang sedang diperinci dan akan diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Media sebelum ini melaporkan bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu memaklumkan beliau telah mengadakan perbincangan dengan Anwar berhubung kesediaannya untuk terus berkhidmat walaupun tugasnya sebagai menteri berakhir semalam, susulan tamat tempoh sebagai senator.
Tengku Zafrul berkata beliau juga sentiasa bersedia menyokong pentadbiran kerajaan dalam apa-apa jua bentuk peranan, sementara menantikan pengumuman rasmi mengenai kedudukan beliau selepas ini.
Semalam, Anwar dilapor berkata Tengku Zafrul akan diberikan jawatan baharu dan perkara itu diumumkan hari ini.
MIDA merupakan agensi kerajaan di bawah MITI yang berperanan menarik pelaburan strategik, menggalakkan pembangunan industri dan memperkukuh daya saing ekonomi negara.
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul
#Pengerusi MIDA
#Anwar Ibrahim
#Kerajaan Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan