MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Disember 2025.
1. Bekas Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad meninggal dunia
Bekas Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menghembuskan nafas terakhir awal pagi ini.
2. Dua kanak-kanak perempuan hilang ditemukan selamat selepas hampir 24 jam
Mangsa berusia lima tahun ditemui dalam keadaan baik di kawasan Batu Merah tanpa kecederaan yang ketara.
3. AKPS nafi ketulenan video tular ketua pengarah 'beri sokongan' pemberian bantuan
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menafikan ketulenan dua video tular di media sosial TikTok yang memaparkan wajah dan suara menyerupai Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
4. 'Semua manifesto PRN Sabah mula dilaksana bulan ini, tidak mungkir janji' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan semua janji dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 terutama naik taraf infrastruktur akan dilaksanakan bermula bulan ini.
5. PM kecewa usaha kerajaan tenggelam, ‘sampah dan maki hamun’ lebih menonjol
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal apabila sebahagian maklumat sebenar mengenai dasar dan pencapaian kerajaan tidak sampai kepada rakyat seperti diharapkan.
6. Kerajaan Sabah rombak kepimpinan GLC negeri
Kerajaan Sabah akan memulakan proses penstrukturan semula secara menyeluruh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu melibatkan pelantikan pengerusi dan ahli lembaga pengarah.
7. Rombakan Kabinet: "Saya ada senarai calon tapi masih dalam pertimbangan" - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau sudah mempunyai senarai calon untuk rombakan Kabinet.
8. Projek berdekatan stesen pengangkutan awam, pemaju disaran kurangkan jumlah parkir - Anthony
Pemaju perumahan dicadangkan supaya mengurangkan bilangan tempat letak kenderaan bagi projek baharu yang dibangunkan berhampiran dengan stesen pengangkutan awam, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
9. Imigresen serbu lokasi pelacuran di ibu negara, 139 warga asing ditahan
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 139 warga asing dalam serbuan ke atas 13 premis dipercayai menjadi pusat kegiatan maksiat dan pelacuran di sekitar ibu negara.
10. Penduduk Bukit Bangkong bimbang, harimau disyaki serang ternakan
Penduduk di Bukit Bangkong, Chemor dekat sini bimbang apabila dikejutkan dengan laporan serangan haiwan liar dipercayai harimau yang mengakibatkan dua ekor lembu ternakan mati dan lima ekor lagi hilang pada Jumaat lepas.