awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Platform global iktiraf Gobind antara 100 pemimpin AI kerajaan terbaik di dunia
WEF 2026: Trump gugurkan ancaman tarif berkaitan Greenland selepas rundingan NATO
Tingkatan enam, matrikulasi bawah KPT perkukuh kesediaan pelajar ke universiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Sabah rombak kepimpinan GLC negeri

Bernama
Bernama
07/12/2025
09:55 MYT
Kerajaan Sabah rombak kepimpinan GLC negeri
Hajiji berkata langkah itu satu keperluan pentadbiran untuk mengukuhkan tadbir urus korporat dan akauntabiliti. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan memulakan proses penstrukturan semula secara menyeluruh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu melibatkan pelantikan pengerusi dan ahli lembaga pengarah.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata langkah itu satu keperluan pentadbiran untuk mengukuhkan tadbir urus korporat dan akauntabiliti, selain menyuntik kepimpinan baharu bagi meningkatkan prestasi serta memacu pencapaian matlamat Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.
"Matlamat kita adalah untuk menjadikan GLC sebagai pemangkin ekonomi yang berkesan dan boleh dipercayai melalui pengurusan yang kompeten, demi menjana nilai yang lebih besar kepada rakyat dan negeri," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hajiji turut menekankan keperluan pasukan kepimpinan yang dinamik, profesional dan berorientasikan hasil untuk mengemudi era baharu dipacu oleh pelaburan strategik, pendigitalan, tenaga baharu, dan pembangunan sosial.
"Kita menghargai sumbangan kepimpinan terdahulu, namun rombakan adalah perlu bagi memastikan transformasi yang berkesan dan kesinambungan.
"Keutamaan kita hanyalah untuk memastikan masa depan Sabah yang stabil, makmur dan terjamin selaras dengan aspirasi SMJ 2.0," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Sabah
#Hajiji Noor
#GLC
#rombakan GLC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan