AKPS nafi ketulenan video tular ketua pengarah 'beri sokongan' pemberian bantuan

AKPS menasihati orang ramai berwaspada terhadap video yang menggunakan teknologi deepfake untuk meniru identiti Mohd Shuhaily bagi tujuan penipuan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menafikan ketulenan dua video tular di media sosial TikTok yang memaparkan wajah dan suara menyerupai Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Ringkasan AI
- AKPS menafikan ketulenan dua video tular di TikTok yang memaparkan wajah dan suara menyerupai Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
- Orang ramai dinasihatkan berwaspada terhadap video deepfake yang cuba menipu dengan menyatakan sokongan terhadap bantuan tertentu, serta merujuk maklumat sahih daripada saluran rasmi kerajaan.
- AKPS menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasilkan atau menyebarkan kandungan palsu menggunakan deepfake.
"Bagi mendapatkan maklumat sahih mengenai sebarang bentuk bantuan yang disediakan kerajaan, orang ramai dinasihatkan merujuk kepada saluran media rasmi dan laman sesawang kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan AKPS sedang meneliti perkara itu dengan serius dan menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab menghasilkan atau menyebarkan kandungan palsu tersebut.
- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


