MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 Disember 2025.
1. Jabatan berkaitan diarah siasat dakwaan bersih hutan di Hulu Langat - MB Selangor
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran atau Jabatan Perhutanan Negeri Selangor untuk menyiasat dakwaan aktiviti pembersihan hutan secara haram di kawasan Batu 18, Hulu Langat.
2. Dua timbalan menteri angkat sumpah Ahli Dewan Negara penggal kedua
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh dan Timbalan Menteri Perpaduan Negara K Saraswathy mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua.
3. Jafry Ariffin dilantik Pengerusi UMNO Sabah
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Jafry Ariffin dilantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah yang baharu.
4. Warga emas didakwa bunuh isteri di Tanah Merah
Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Tanah Merah atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah, 1 Dis lepas.
5. SPRM keluarkan satu lagi notis pelucuthakan harta dikaitkan dengan Tun Daim - Peguam
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengeluarkan satu lagi notis pelucuthakan harta yang dikaitkan dengan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, menurut firma guaman Tetuan Zharif Nizamuddin.
6. Pelancaran LRT3 ditangguh, hadapi beberapa isu teknikal
Perkhidmatan Laluan Transit Aliran Ringan 3 yang sepatutnya dilancarkan pada 31 Disember terpaksa ditangguhkan sehingga semua ujian teknikal dan pentauliahan dipenuhi.
7. MOT tegaskan pelantikan ejen pemungut tidak jejas sistem MyJPJ
Pelantikan syarikat sebagai ejen pemungut bagi beberapa urusan pengangkutan tidak akan menjejaskan atau mengambil alih sistem MyJPJ, persidangan Dewan Negara diberitahu.
8. Dua lelaki cedera dipercayai ditembak dari dalam kereta
Dua lelaki cedera dipercayai ditembak dari dalam sebuah kereta di Jalan Rasah menghala ke Plaza Tol Port Dickson, di Seremban, pagi ini.
9. Keputusan tangguh hukuman penjara ibu Zayn Rayyan diketahui 23 Disember
Keputusan sama ada ibu kepadaZayn Rayyan dibenar menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan mengabaikan kanak-kanak itu akan diketahui pada 23 Disember.
10. Mahkamah Paris batalkan sepenuhnya ‘final award’, perintah waris Sulu bayar kos
Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya ‘final award’ berjumlah AS$14.9 bilion yang sebelum ini diberikan kepada kumpulan mendakwa waris Kesultanan Sulu.