SPRM keluarkan satu lagi notis pelucuthakan harta dikaitkan dengan Tun Daim - Peguam

SPRM dikatakan mengeluarkan satu lagi notis pelucuthakan harta dikaitkan dengan Allahyarham Tun Daim. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan satu lagi notis pelucuthakan harta yang dikaitkan dengan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, kata firma guaman Tetuan Zharif Nizamuddin, yang mewakili keluarga beliau.
Ringkasan AI
- SPRM mengeluarkan notis pelucuthakan harta yang melibatkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, didakwa tanpa menyatakan kesalahan undang-undang yang jelas.
- Siasatan terhadap keluarga Allahyarham bermula sejak Februari 2023, namun selepas hampir tiga tahun, tiada penjelasan terbuka diberikan.
- Firma guaman mewakili keluarga menyatakan kebimbangan mengenai pematuhan undang-undang oleh SPRM, dan anak guam mereka akan terus perjuangkan hak melalui mahkamah.
“Kegagalan dan salah guna kuasa secara berterusan ini menimbulkan kebimbangan serius mengenai pematuhan terhadap kedaulatan undang-undang. SPRM perlu menjalankan kuasa mengikut undang-undang dan tidak menindas anak guam kami,” kata kenyataan itu.
Firma guaman tersebut menegaskan anak guamnya akan terus memperjuangkan hak undang-undang melalui mahkamah bagi memastikan proses sewajarnya dipatuhi dan perlindungan undang-undang dihormati.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


