MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 Disember 2025.
1. Erra Fazira sah bergelar isteri Ezwan Zain
Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon terkenal, Erra Fazira sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Ezwan Zain yang selamat diijab kabul tepat jam 9.20 pagi hari ini.
2. Tiada prospek kejayaan, AGC tarik balik rayuan terhadap pembebasan Rosmah
Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 17 pertuduhan pengubahan wang haram, setelah berpuas hati bahawa tiada prospek kejayaan sekiranya rayuan diteruskan di Mahkamah Rayuan.
3. Hala tuju Pesta Pulau Pinang belum dimuktamadkan - Chow
Kerajaan negeri belum memuktamadkan hala tuju Pesta Pulau Pinang selepas sebahagian tapak pesta di Sungai Nibong di sini, diambil alih bagi projek LRT Laluan Mutiara, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
4. 'Semoga semuanya dipermudahkan' - Syed Saddiq
Saya berharap prosiding hari ini berjalan lancar dan saya doakan semuanya dipermudahkan, kata Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada institusi kehakiman.
5. Dana 1MDB: AS pertimbang permintaan Malaysia ekstradisi Tim Leissner
Kerajaan Amerika Syarikat sedang menimbang permintaan ektradisi oleh Malaysia bagi penyerahan bekas pegawai Goldman Sachs Tim Leissner untuk dibicarakan di negara ini membabitkan dana 1MDB.
6. Mahkamah beri masa bertenang seminggu kepada pendakwaan, pembelaan Syed Saddiq
Mahkamah Persekutuan membuat kejutan dengan memberi masa kepada pihak pendakwaan untuk menilai semula rayuan kes pembebasan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
7. Sebarang tuntutan perlu utamakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan - PM
Sebarang tuntutan yang menjurus kepada sensitiviti agama, bangsa dan kaum, perlu mengambil kira kedudukan bahasa kebangsaan dalam perlembagaan negara.
8. Tujuh jajahan di Kelantan dijangka banjir bermula 14 Disember
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di Kelantan melibatkan kawasan rendah dan berisiko di tujuh jajahan bermula 14 hingga 17 Dis ini.
9. NAIO genap setahun, Malaysia masuk fasa pelaksanaan AI 2026
Genap setahun sejak penubuhannya, National Artificial Intelligence Office (NAIO) kini menandakan satu peralihan penting dalam agenda digital negara.
10. JPN pertimbang tawaran serah semula MyKad dwiwarganegara secara sukarela
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersedia untuk mempertimbangkan cadangan penyerahan semula MyKad pemilik yang mempunyai dua kewarganegaraan secara sukarela tanpa mengenakan sebarang tindakan.