MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 Disember 2025.
1. Rombakan Kabinet: Tujuh Menteri, lapan Timbalan Menteri selesai angkat sumpah
Sebanyak tujuh menteri termasuk dua yang baharu dilantik mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, di sini, susulan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI.
2. Rombakan Kabinet: Mohd Na'im mahu berehat, tunai umrah
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar pagi ini meluangkan masa buat kali terakhir untuk menyantuni warga kementerian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
3. 'Tahniah Marhamah Rosli, banyak jasa kepada saya' - Ibu Zara Qairina
Ibu kepada Zara Qairina Mahathir, yang selama ini mendapat sokongan padu daripada aktivis Ustazah Marhamah Rosli, mengucapkan tahniah kepada tokoh berkenaan atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
4. Kanak-kanak lelaki lima tahun maut dilanggar MPV ketika melintas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dilanggar sebuah Toyota Avanza dipercayai ketika sedang melintas di Jalan Paya Mengkuang, Alor Gajah, semalam.
5. Peguam Alberi Tei desak rakaman kamera badan Pegawai SPRM didedah
Peguam kepada ahli perniagaan, Albert Tei menegaskan rakaman kamera badan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semasa serbuan pada 28 November lalu disahkan wujud, sekali gus menimbulkan persoalan mengapa rakaman itu masih belum didedahkan kepada umum.
6. Rombakan Kabinet: Berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira parti - Titah Agong
Sultan Ibrahim menitahkan barisan Jemaah Menteri baharu untuk mengamalkan integriti dan berkhidmat tanpa memandang fahaman politik.
7. Tiada dana disalah guna, Marhamah hanya gerakkan kempen Justice for Zara
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli menegaskan tiada dana yang disalah guna dalam pengurusan akaun Tabung Justice for Zara.
8. Menteri Kabinet perlu pastikan pelaksanaan dasar pantas - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan anggota Kabinet untuk terus bekerja dengan berdisiplin, bagi memastikan pelaksanaan dasar Kerajaan MADANI bergerak dengan pantas.
9. Kes tetak di Batu Caves, lapan ditahan
Polis menahan lapan lelaki tempatan kerana dipercayai menetak seorang lelaki berusia lingkungan 20-an sehingga menyebabkan mangsa cedera parah dalam kejadian di Amara Residensi, Batu Caves, di sini Ahad lalu.
10. Larangan bawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah masih kekal - Exco Selangor
Larangan membawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah di Selangor masih kekal, kata Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Ng Suee Lim.