awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Kabinet perlu pastikan pelaksanaan dasar pantas - Anwar

Bernama
Bernama
17/12/2025
09:08 MYT
Menteri Kabinet perlu pastikan pelaksanaan dasar pantas - Anwar
Ini merupakan mesyuarat Kabinet pertama Jemaah Menteri Kerajaan MADANI selepas pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri semalam. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan anggota Kabinet untuk terus bekerja dengan berdisiplin, bagi memastikan pelaksanaan dasar Kerajaan MADANI bergerak dengan pantas.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu anggota Kabinet bekerja dengan disiplin, kerendahan hati, dan keupayaan menterjemah kehendak rakyat menjadi dasar yang berfungsi.
  • Anwar berkongsi beberapa gambar mesyuarat Kabinet MADANI yang berlangsung selepas pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, menunjukkan langkah penstrukturan semula bagi kecekapan pentadbiran.
  • Rombakan Kabinet MADANI melibatkan 28 menteri dan timbalan menteri, termasuk pertukaran portfolio dan lantikan baharu, sebagai usaha memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan yang lebih berkesan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau mahu semua barisan menteri berkhidmat dengan penuh kerendahan hati, berintegriti serta sampai kepada rakyat tanpa lengah dan sebarang alasan.
"Ini adalah Kabinet penerus kehendak rakyat yang memikul amanah besar, menuntut tindakan segera, keputusan berani serta keupayaan menterjemah kehendak dan nurani setiap lapisan masyarakat menjadi dasar yang berfungsi dan dirasai, bukan sekadar retorik," kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Perdana Menteri turut berkongsi beberapa keping gambar mesyuarat Kabinet MADANI yang berlangsung selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan, di Istana Negara hari ini.
Untuk rekod, ini merupakan mesyuarat Kabinet pertama Jemaah Menteri Kerajaan MADANI selepas pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri semalam.
Semalam, Anwar mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI melibatkan 28 menteri dan timbalan menteri, merangkumi pertukaran portfolio serta lantikan baharu sebagai langkah penstrukturan semula bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan lebih berkesan.
Selain pertukaran portfolio menteri sedia ada, ia antara lain melibatkan enam timbalan menteri dan satu muka baharu yang diangkat sebagai menteri penuh.
Rombakan Kabinet yang pertama Kerajaan MADANI pimpinan Anwar dilaksanakan pada Disember 2023.
Sebanyak tujuh menteri termasuk dua yang baharu dilantik mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#rombakan kabinet
#Kerajaan Madani
#pelaksanaan dasar pantas
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan