awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inspektor Sheila ditahan, bertengkar dengan peniaga
Projek naik taraf Lebuh Raya Senai-Desaru capai 55 peratus - Ahmad Maslan
Pas terima rayuan tiga ADUN Perlis dihentikan keahlian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Larangan bawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah masih kekal - Exco Selangor

Bernama
Bernama
17/12/2025
14:47 MYT
Larangan bawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah masih kekal - Exco Selangor
Ng Suee Lim berkata dasar berkenaan masih berkuat kuasa, dan kerajaan negeri akan meneliti semula garis panduan sedia ada dalam menjaga keharmonian masyarakat. - Bernama
SHAH ALAM: Larangan membawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah di Selangor masih kekal, kata Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Ng Suee Lim.
Beliau berkata dasar berkenaan masih berkuat kuasa, namun kerajaan negeri akan meneliti semula garis panduan sedia ada dalam menjaga keharmonian masyarakat.
"Kita di Selangor sebagai satu negeri maju dan bertaraf antarabangsa, semua langkah-langkah terkait dengan polisi antarabangsa, kita cuba akan teliti. Seperti di negara tertentu (dasar mereka) mereka memang mesra (haiwan peliharaan), boleh bawa haiwan ke sini, ke sana, masuk ke pusat beli-belah dan sebagainya.
"Bagaimanapun, berdasarkan budaya kita yang pelbagai kaum dan sebagainya, kita perlu teliti sama ada semua langkah mereka itu boleh atau sesuai diguna pakai di semua tempat, di pusat beli-belah dan sebagainya," katanya.
Ng berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Op Terjah Pembersihan Awam di Seksyen 7 di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Urusan KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) Datuk Ramli Mohd Tahir.
Beliau mengulas tindakan sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang yang membenarkan pengunjung membawa haiwan peliharaan masuk ke premis itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#larangan
#haiwan peliharaan
#pusat beli-belah
#Exco
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan