MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 Disember 2025.
1. Titah Adendum: Najib Razak kekal di Penjara Kajang
Dalam keputusan dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching mendapati Titah Adendum berkenaan tidak dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-61 pada 29 Januari tahun lalu.
2. Pejabat NSRC baharu dilancar bulan depan, percepat keupayaan selamatkan wang mangsa scam - Fahmi
Fahmi turut menasihati mangsa supaya menghubungi NSRC dalam tempoh 30 hingga 60 minit selepas insiden.
3. Pengendali paramotor jatuh di sawah selepas terlanggar kabel elektrik
Pengendali paramotor hanya luka kecil di bahagian muka manakala kenderaan tersebut mengalami kerosakan kecil.
4. Namewee dibebaskan daripada pertuduhan ambil dadah
Namewee masih berdepan pertuduhan memiliki dadah jenis ekstasi; jika disabit kesalahan, hukuman penjara antara dua hingga lima tahun mungkin dikenakan.
5. Titah Adendum: Najib kecewa keputusan mahkamah - Peguam
Najib akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak rayuan beliau untuk menjalani tahanan rumah.
6. FAM lapor polis cari dalang palsu dokumen
FAM akan membuat laporan polis dalam masa terdekat bagi mengesan dalang di sebalik isu pemalsuan dokumen membabitkan pemain warisan Harimau Malaya.
7. Lelaki didakwa tikam nenek sehingga maut, tetak moyang
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani atas dua pertuduhan, membunuh nenek dan mencederakan moyangnya dalam kejadian Isnin lalu.
8. Konflik Thai-Kemboja: Mesyuarat GBC pada 24 Disember, bincang pelaksanaan gencatan senjata
Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) dijadual pada Rabu bagi membincangkan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand dalam usaha meredakan konflik di sempadan.
9. Ranking Harimau Malaya jatuh lima anak tangga, kini di kedudukan ke-121
Ranking Harimau Malaya turun ke kedudukan 121 dunia dalam ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
10. Kampung tradisi Melayu di Wilayah Persekutuan akan terus dipelihara - Hannah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh memberi jaminan bahawa pemeliharaan kampung-kampung tradisi Melayu di Wilayah Persekutuan, termasuk Kampung Baru, akan terus menjadi perhatian beliau.