[TERKINI] Namewee dibebaskan daripada pertuduhan ambil dadah
![[TERKINI] Namewee dibebaskan daripada pertuduhan ambil dadah [TERKINI] Namewee dibebaskan daripada pertuduhan ambil dadah](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-12/71766377223_WeeMengChee.jpg)
Mahkamah Majistret melepas dan membebaskan penyanyi rap Namewee, daripada pertuduhan memberikan dadah ke dalam badannya. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas dan membebaskan penyanyi rap Wee Meng Chee, atau lebih dikenali sebagai Namewee, daripada pertuduhan memberikan dadah ke dalam badannya.
Ringkasan AI
- Mahkamah melepas dan membebaskan Namewee daripada pertuduhan memberikan dadah ke dalam badannya selepas keputusan patologi negatif.
- Wang jaminan RM2,000 dikembalikan kepada Namewee, serta pertuduhan tersebut ditarik balik.
- Namewee masih berdepan pertuduhan memiliki dadah jenis ekstasi; jika disabit kesalahan, hukuman penjara antara dua hingga lima tahun mungkin dikenakan.
Terdahulu, peguam Joshua Tay berkata memandangkan laporan patologi adalah negatif, anak guamnya wajar dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan.
Namewee didakwa melakukan perbuatan itu di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 7.15 malam 22 Okt lepas mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara dua tahun serta pengawasan selama dua tahun dan tidak lebih tiga tahun.
Bagaimanapun, beliau masih berdepan pertuduhan memiliki dadah disyaki jenis ekstasi seberat 5.12 gram di sebuah bilik hotel di Jalan Conlay di sini pada 4.30 petang 22 Okt lepas mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jika sabit kesalahan, Namewee berdepan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun serta tidak kurang tiga sebatan dan maksimum sembilan sebatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


