MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 Disember 2025.
1. Pertemuan Agong, Presiden UAE perkukuh hubungan dua hala dua negara
Kunjungan hormat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersama Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan di Abu Dhabi, semalam memperkukuhkan hubungan dua hala serta mencerminkan semangat saling menghormati antara kedua-dua negara.
2. LHDN proses bayaran balik RM18 bilion, baki RM1 bilion sebelum akhir Disember
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan telah memproses bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM18 bilion sehingga 22 Disember 2025, melibatkan 3.54 juta kes, susulan pelaksanaan peruntukan tambahan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
3. Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Pegawai dan anggota polis antara 77 orang penjawat awam yang ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan pengambilan dan penyalahgunaan dadah di negeri ini bagi sepanjang tempoh tahun ini.
4. SPRM buka siasatan baharu libatkan bekas menteri - Azam Baki
Seorang bekas menteri yang pernah berkhidmat dalam Kabinet kerajaan sebelum era COVID-19 kini berada dalam radar siasatan SPRM.
5. Kos sara hidup: Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang tertinggi - DOSM
Kos kehidupan wajar di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Putrajaya direkodkan antara yang paling tinggi di negara ini berdasarkan Indeks Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) oleh DOSM.
6. Ku Li anggap UMNO masih berdiam diri mengenai keputusan Titah Adendum
Tengku Razaleigh Hamzah menyoal sikap UMNO yang berdiam diri susulan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung Titah Adendum melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
7. PM seru rakyat tolak kebencian, semai empati sempena Hari Krismas
Bersempena sambutan Hari Krismas esok, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia memperkukuh tekad untuk menolak kebencian dan menyemai empati demi keharmonian bersama.
8. Kos sara hidup: Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang tertinggi - DOSM
Kos kehidupan wajar di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Putrajaya direkodkan antara yang paling tinggi di negara ini berdasarkan Indeks Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
9. Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengajak rakyat Malaysia menjadikan sambutan perayaan sebagai wadah untuk terus memperkukuh perpaduan dan keharmonian selain saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum serta agama.
10. Video tular individu bertudung minum arak: PDRM tahan dua individu
Polis menahan seorang lelaki dan wanita tempatan bagi membantu siasatan berhubung video tular di media sosial memaparkan individu bertudung minum minuman keras.