MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 31/12/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Disember 2025.


1. Malaysia beri lampu hijau teruskan pencarian MH370, Ocean Infinity terajui operasi

Kerajaan Malaysia dilaporkan telah memberi kebenaran untuk meneruskan usaha baharu pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 2014, dengan operasi tersebut akan diterajui oleh firma robotik berpangkalan di Texas, Amerika Syarikat, Ocean Infinity.



2. Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan diwartakan cuti am 2026

Kerajaan Persekutuan telah mewartakan Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan sebagai hari kelepasan am bagi 2026, yang masing-masing jatuh pada 1 Februari.


3. E-invois Fasa 4, STSDS Fasa 1 bermula Khamis – LHDN

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan pelaksanaan e-Invois Fasa 4 dan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS) Fasa 1 bermula 1 Januari 2026.


4. Ketua Staf Markas ATM Azhan Md Othman dilantik PTD ke-31

Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia Azhan Md Othman dilantik Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa 1 Jan 2026.


5. Kerajaan Perlis isytihar Khamis cuti peristiwa

Kerajaan Negeri Perlis mengisytiharkan 1 Jan 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).


6. Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi kekal bagi tempoh 1 hingga 7 Jan 2026

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.16 dan RM2.56 seliter bagi tempoh 1 hingga 7 Jan 2026.


7. Lembaran 2026: PM Anwar seru rakyat satukan langkah, tekad jayakan Malaysia MADANI

Kerajaan MADANI akan terus bekerja dengan amanah, keberanian dan ihsan, beriltizam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kejujuran demi memberikan manfaat yang nyata kepada rakyat serta menjamin masa depan negara yang lebih terjamin dan sejahtera.


8. Waspada iklan badal haji RM1,500, umat Islam diingatkan elak jadi mangsa penipuan

Umat Islam diingatkan supaya lebih bijak dan berhati-hati menilai iklan tawaran badal haji serendah RM1,500 kerana ia berisiko tinggi melibatkan penipuan dan tidak menepati syarat sah pelaksanaan ibadah haji.



9. KTMB sasar 1.2 juta penumpang guna ETS pada 2026

Seramai 1.2 juta penumpang dijangka menggunakan 12 perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) pada 2026 bagi laluan sektor selatan dan utara selepas perkhidmatan itu beroperasi sepenuhnya.



10. Semangat kerjasama, kebersamaan bantu Malaysia mendepani pelbagai cabaran ekonomi - Fadillah

Hasil semangat kerjasama dalam kalangan rakyat tanpa mengira status sosial membolehkan Malaysia mengharungi dan mendepani pelbagai cabaran ekonomi sepanjang 2025, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.



#berita pilihan #tempatan #Angkatan Tentera Malaysia #LHDN