awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, Indonesia disaran berkolaborasi perkukuh ekosistem teknologi serantau
MyCARE sasar sediakan 500 pek bantuan bayi untuk disalurkan ke Gaza
Komuniti perundangan sokong kenaikan gaji hakim bagi perkukuh badan kehakiman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waspada iklan badal haji RM1,500, umat Islam diingatkan elak jadi mangsa penipuan

Bernama
Bernama
31/12/2025
12:38 MYT
Waspada iklan badal haji RM1,500, umat Islam diingatkan elak jadi mangsa penipuan
Zulkifli berkata, tawaran badal haji secara komersial dengan harga sedemikian adalah tidak munasabah dan tidak selari dengan kos sebenar yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi. - Bernama
PUTRAJAYA: Umat Islam diingatkan supaya lebih bijak dan berhati-hati menilai iklan tawaran badal haji serendah RM1,500 kerana ia berisiko tinggi melibatkan penipuan dan tidak menepati syarat sah pelaksanaan ibadah haji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan berkata, tawaran badal haji secara komersial dengan harga sedemikian adalah tidak munasabah dan tidak selari dengan kos sebenar yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.
"Saya menasihatkan umat Islam di negara ini supaya menyemak kesahihan sebarang tawaran badal haji yang diiklankan secara meluas di surau, masjid serta platform media sosial oleh agensi pelancongan atau individu bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pakej perkhidmatan badal haji yang ditawarkan adalah sukar dilaksanakan secara komersial kerana setiap jemaah haji, termasuk penduduk tempatan di Arab Saudi kini perlu memiliki visa haji yang sah untuk menunaikan haji.
"Kebanyakan pakej badal haji pula ditawarkan pada harga yang tidak munasabah, kerana jauh lebih rendah berbanding kos sebenar yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk seseorang menunaikan haji secara sah," katanya.
Selain itu, beliau berkata kerajaan Arab Saudi mewajibkan setiap jemaah luar negara memiliki visa haji yang sah, manakala penduduk tempatan perlu mendapatkan permit khas dan tidak semua permohonan akan diluluskan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
"Kos terendah pakej haji untuk penduduk tempatan kira-kira 10,000 Riyal (SR10,000) atau RM11,300, yang hanya merangkumi permit dan khemah di Masyair. Kos ini tidak termasuk kos penginapan, makanan dan pengangkutan," katanya.
Zulkifli berkata pada musim haji 1447H/2026 yang akan datang, kerajaan Arab Saudi akan terus melaksanakan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat
"Sekiranya jemaah haji ditangkap menggunakan visa atau permit tidak sah akan berdepan hukuman denda, penjara dan disenarai hitam daripada memasuki Arab Saudi untuk tempoh beberapa tahun," katanya.
Beliau berkata kerajaan Malaysia dan Tabung Haji sentiasa memberikan peringatan dalam usaha meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan menyemak kesahihan terlebih dahulu supaya tidak menjadi mangsa penipuan pakej haji dan badal haji.
"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas berlandaskan undang-undang terhadap individu atau syarikat pelancongan yang terlibat dalam penipuan perkhidmatan pakej haji dan badal haji," katanya.
Orang ramai dinasihatkan segera membuat laporan polis sekiranya mengesyaki atau menjadi mangsa penipuan, supaya siasatan dan tindakan perundangan sewajarnya dapat diambil bagi melindungi kepentingan pengguna serta memastikan integriti industri pelancongan negara terus terpelihara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Badal Haji
#tawaran harga
#Umat Islam
#Zulkifli Hasan
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan