awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
17/01/2026
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 Januari 2026.
1. Bekas Wartawan FMT, Rex Tan ditahan polis di bawah Akta Hasutan
Tan, yang meletakkan jawatan pagi semalam, ditahan selepas hadir ke IPD Dang Wangi.
2. Beku perolehan: KDN sedia kaji semula, elakkan penyelewengan - Saifuddin
Saifuddin menyifatkan arahan itu sebagai satu 'reset' terhadap proses berkenaan.
3. Nadia Kesuma dikesan sudah keluar dari lapangan terbang di Jeddah - Mohamad Hasan
Wisma Putra mengesahkan pelakon Nadia Kesuma yang dilaporkan gagal dikesan semasa transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Khamis lepas, didapati telah meninggalkan kawasan lapangan terbang berkenaan.
4. Tarif 25 peratus AS ke atas negara rakan dagang Iran satu penjajahan - Mohamad Hasan
Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenakan tarif 25 peratus terhadap negara yang berdagang dengan Iran disifatkan sebagai satu bentuk “penjajahan baharu”.
5. Tiada lokasi alternatif ternakan babi selain Bukit Tagar - MB Selangor
Kerajaan Negeri Selangor masih belum mengenal pasti lokasi alternatif bagi menggantikan Bukit Tagar sebagai tapak baharu pemindahan ladang ternakan babi berpusat di negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
6. Isu tular 'Yeye': Panglima Tentera Darat sah 15 pegawai dikesan terlibat
Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Datuk Azhan Md Othman mengesahkan sebanyak 15 pegawainya dikenal pasti terlibat dalam aktiviti tidak bermoral yang dikaitkan dengan budaya "Yeye", seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.
7. Ramai bekas pemimpin mohon kembali kepada UMNO, keputusan selepas PAU - Asyraf
UMNO mengakui ramai bekas pemimpin yang tidak lagi bersama parti membuat permohonan untuk kembali, namun kepimpinan menegaskan keputusan hanya akan dimuktamadkan melalui Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa.
8. Jumlah pelatih PLKN ditingkatkan 25,000 orang setahun
Jumlah pengambilan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan ditingkatkan kepada 25,000 orang setahun melibatkan pembukaan 13 kem latihan di seluruh negara.
9. UMNO cadang pembentukan gabungan besar parti Melayu Islam - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata cadangan itu telah mendapat persetujuan sebulat suara daripada perwakilan selepas dibentangkan dalam perhimpunan parti.
10. 'Ada usaha naikkan amarah UMNO agar tinggalkan kerajaan' - Tok Mat
Tanpa menamakan mana-mana parti dalam komponen kerajaan, Mohamad berkata tindakan tersebut dibuat agar pihak tersebut dapat membentuk kerajaan Pakatan Harapan 1.0 untuk melaksanakan polisi sewenang-wenangnya.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita tempatan
#berita dalam negara
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan