awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah pelatih PLKN ditingkatkan 25,000 orang setahun
Tiada lokasi alternatif ternakan babi selain Bukit Tagar - MB Selangor
[TERKNI] Kementerian Luar percepat usaha pencarian Nadia Kesuma
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu tular 'Yeye': Panglima Tentera Darat sah 15 pegawai dikesan terlibat

Bernama
Bernama
17/01/2026
06:54 MYT
Isu tular 'Yeye': Panglima Tentera Darat sah 15 pegawai dikesan terlibat
Azhan berkata, siasatan dalaman telah dilaksanakan dan kini dalam proses untuk mengambil tindakan yang adil dan telus terhadap pegawai berkenaan. - Gambar fail
PORT DICKSON: Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Datuk Azhan Md Othman mengesahkan sebanyak 15 pegawainya dikenal pasti terlibat dalam aktiviti tidak bermoral yang dikaitkan dengan budaya "Yeye", seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.
Beliau berkata siasatan dalaman telah dilaksanakan dan kini dalam proses untuk mengambil tindakan yang adil dan telus terhadap pegawai berkenaan.
Azhan berkata pihaknya memandang serius sebarang pelanggaran perintah, arahan dan peraturan ditetapkan dalam perkhidmatan dan tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mereka yang terbabit.
"Ini isu penting yang perlu ditangani, saya tegaskan yang salah tetap salah dan akan dihukum. Kita tidak melindungi mereka yang didapati bersalah.
"Saya juga mengarahkan Cawangan Siasatan Jenayah Tentera Darat Malaysia (TDM) dan juga agensi berkuasa tentera darat untuk melaksanakan siasatan terperinci terhadap semua aduan diterima termasuklah mengenai aktiviti tidak memoral ini," katanya kepada pemberita pada sidang media bersempena dengan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 204/25 dan Wanita Siri 50/25 di sini hari ini.
Dalam pada itu, Azhan berkata kepimpinan baharu TDM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk pegawai berpangkat dan akan berdepan tindakan tegas jika terbukti bersalah.
Beliau berkata isu integriti dan disiplin merupakan teras kekuatan kepada TDM dan sebarang kesalahan walaupun melibatkan satu individu tertentu, perkara itu boleh memberikan kesan besar kepada keseluruhan imej, kredibiliti dan kepercayaan rakyat terhadap organisasi terbabit.
Terdahulu, Kementerian Pertahanan dalam kenyataan dilaporkan berkata pihaknya memandang serius dakwaan berhubung kemasukan individu tidak berkaitan dan aktiviti tidak bermoral yang dilakukan di dalam kem tentera seperti tular dalam media sosial.
Sehubungan dengan itu, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarah menjalankan siasatan dalaman segera bagi menentukan kesahihan dakwaan itu secara menyeluruh.
Dalam pada itu, sebanyak 1,732 Perajurit Muda termasuk 596 Perajurit Muda Wanita berjaya menamatkan Latihan Asas Ketenteraan masing-masing di Pusat Latihan Asas Tentera Darat di sini.
Azhan berkata perbarisan tamat latihan itu menandakan kejayaan perajurit muda menamatkan latihan asas ketenteraan serta mencerminkan komitmen berterusan TDM dalam melahirkan anggota berdisiplin, berkualiti dan berwibawa demi mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu tular yeye
#gadis yeye
#tentera darat
#Angkatan Tentera Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan