MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 29/01/2026 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Januari 2026.


1. Bekas KP Perisikan Pertahanan didakwa terima suapan AS$20,000, tiket penerbangan

Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Datuk Mohd Razali Alias didakwa di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan menerima suapan wang berjumlah AS$20,000 serta bayaran keseluruhan RM64,600 bagi pembelian tiket penerbangan ke luar negara untuk isterinya, dua tahun lepas.



2. Virus Nipah: KKM laksana saringan bersasar ke atas pengembara dari negara berisiko tinggi

Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan saringan bersasar ke atas pengembara dari negara berisiko tinggi yang tiba di Malaysia, khususnya India dan Bangladesh sebagai langkah awal memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam mencegah penularan virus Nipah.


3. Virus Nipah: Sukar merebak, namun risiko kematian tinggi

Kadar kematian akibat jangkitan virus Nipah boleh mencecah antara 40 hingga 75 peratus, walaupun kadar penularan jauh lebih rendah berbanding COVID-19.


4. Lima inisiatif strategik perkasa industri halal, sasar Malaysia sebagai hab halal global - Ahmad Zahid

Kerajaan menyasarkan Malaysia sebagai Hab Halal Global melalui pelaksanaan lima inisiatif strategik berimpak tinggi, termasuk pembangunan Pelabuhan Mesra Halal pertama negara di Pelabuhan Kuantan.


5. DKMN 2030: Revolusi industri padi, pendigitalan dan mekanisasi teras baharu sektor pertanian - Mohamad Sabu

Sektor pertanian negara harus bergerak seiring dengan arus modenisasi dan tidak lagi bekerja mengikut cara lama, tegas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu.


6. Mahkamah perintah Chegubard, pempengaruh bayar RM550,000

Mahkamah Tinggi memerintahkan ganti rugi sebanyak RM550,000 kepada ahli perniagaan Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak selepas membenarkan tuntutan saman fitnahnya terhadap aktivis Badrul Hisham Shaharin dan pempengaruh Nurpais Ismail.


7. 138 hamba abdi moden termasuk 57 kanak-kanak diselamatkan PDRM, 67 individu ditahan

Seramai 138 mangsa termasuk 57 kanak-kanak, yang dipercayai dijadikan sebagai hamba abdi moden dengan dipaksa bekerja di pelbagai sektor, diselamatkan menerusi Op Pintas Khas Pembanterasan Pemerdagangan Orang yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara, pada Rabu.


8. Virus Nipah: Rakyat Malaysia yang melancong ke India digesa ambil langkah berjaga-jaga

Rakyat Malaysia yang melancong ke India dan mereka yang menetap di negara itu digesa supaya mengambil langkah berjaga-jaga terhadap jangkitan virus Nipah, menurut Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi pada Khamis.


9. Restoran tiada sijil halal pamer ayat al-Quran kelirukan pelanggan

Seorang pemilik premis makanan di Teluk Intan berdepan tindakan undang-undang selepas didapati mempamerkan ayat suci al-Quran dan simbol berkaitan di dalam restoran sehingga menimbulkan kekeliruan tentang status halal makanan yang dijual.


10. Ketua Pengarah, Timbalan KP JAS ditahan SPRM berkaitan isu e-waste

Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan isu e-waste.



#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI #berita Malaysia