Berita Terkini ASEAN25: ISWAMI pandang serius isu kesilapan sebutan nama Presiden Indonesia

Kesilapan itu berlaku apabila pengulas RTM tersilap menyebut nama Presiden Indonesia sebagai Joko Widodo, sedangkan Presiden Indonesia terkini ialah Prabowo Subianto. -Foto fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) memandang serius insiden kesilapan pengulas siaran langsung sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang-sidang berkaitan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.
Ringkasan AI
- ISWAMI memandang serius kesilapan pengulas RTM yang tersilap menyebut nama Presiden Indonesia semasa siaran langsung Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
- Jabatan Penyiaran Malaysia memohon maaf dan akan mengambil langkah segera bagi mengelak kesilapan serupa berulang.
- ISWAMI menyeru pengamal media agar lebih berhati-hati dan memperkukuh semakan fakta dalam liputan acara rasmi antarabangsa.
ISWAMI dalam satu kenyataan menyatakan keyakinan bahawa media di kedua-dua negara memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan dua negara serumpun itu, selaras dengan tema Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, “Keterangkuman dan Kemampanan”.
“ISWAMI yakin semua pihak berkaitan editorial akan terus memperkukuh kawalan editorial dan semakan fakta bagi memastikan setiap maklumat yang disampaikan adalah tepat serta berintegriti,” menurut kenyataan itu.
Pertubuhan itu turut menyeru supaya insiden tersebut dijadikan pengajaran kepada pengamal media agar lebih berhati-hati, khususnya dalam liputan melibatkan acara rasmi peringkat antarabangsa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


