awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita Terkini ASEAN25: Presiden Indonesia, PM Thailand tiba di Malaysia menjelang sidang kemuncak esok

Bernama
Bernama
25/10/2025
15:18 MYT
Berita Terkini ASEAN25: Presiden Indonesia, PM Thailand tiba di Malaysia menjelang sidang kemuncak esok
Prabowo Subianto (kiri) tiba di Pangkalan TUDM Subang pada 9 malam, manakala Pesawat khas yang membawa Anutin (kanan) dan delegasinya mendarat pada 9.24 malam. - Bernama
SUBANG: Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul tiba di Malaysia malam ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, yang bermula esok hingga Selasa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Pesawat khas yang membawa Anutin dan delegasinya mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 9.24 malam dan disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau kemudian memeriksa kawalan kehormatan melibatkan dua pegawai dan 24 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, diketuai Kapt Mohd Masrur Hidayat Masri.
Terdahulu, Presiden Indonesia Prabowo Subianto tiba di pangkalan udara yang sama pada 9 malam dan turut disambut oleh Mohamed Khaled.
Prabowo turut memeriksa kawalan kehormatan membabitkan pegawai dan anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Anutin dijadual menandatangani perjanjian gencatan senjata dengan Kemboja di luar sidang kemuncak esok.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka menyaksikan majlis pemeteraian itu. Trump telah membantu dalam menamatkan konflik sempadan lima hari antara Thailand dan Kemboja pada Julai.
Anutin dijangka pulang ke Bangkok sejurus selepas majlis tersebut susulan kemangkatan Bonda Ratu Thailand Ratu Sirikit Kitiyakara, 93, pada petang Jumaat.
Kepengerusian ASEAN Malaysia di bawah tema 'Keterangkuman dan Kemampanan' mencerminkan komitmen untuk memupuk Komuniti ASEAN yang bersatu, berdaya tahan dan berpandangan ke hadapan.
Ini merupakan kali kelima Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN sejak blok itu ditubuhkan pada 1967, selepas 2015, 2005, 1997 dan 1977.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 akan menghimpunkan pemimpin kesemua 10 negara anggota ASEAN serta rakan dialog utama termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun dan Afrika Selatan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Sidang Kemuncak ASEAN
#ASEAN25
#Prabowo Subianto
#Indonesia
#Anutin Charnvirakul
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan