awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita Terkini ASEAN25: 'Terima kasih, Malaysia!' - Pembantu Khas Presiden rakam ketibaan Trump

Bernama
Bernama
26/10/2025
05:10 MYT
Berita Terkini ASEAN25: 'Terima kasih, Malaysia!' - Pembantu Khas Presiden rakam ketibaan Trump
Trump (foto) disambut oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim di KLIA dan menaiki kereta rasmi "The Beast" menuju ke pusat bandar untuk menghadiri sidang kemuncak. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pembantu Khas Presiden Amerika Syarikat Margo Martin memuat naik rakaman perjalanan Donald Trump ke media sosial dan memuji layanan Malaysia semasa ketibaan pemimpin itu.

Ringkasan AI
  • Margo Martin, Pembantu Khas Presiden AS, memuji layanan Malaysia semasa ketibaan Donald Trump untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, termasuk pengiring udara oleh TUDM dan konvoi rasmi.
  • Trump disambut oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim di KLIA dan menaiki kereta rasmi "The Beast" menuju ke pusat bandar untuk menghadiri sidang kemuncak.
  • Ini merupakan lawatan rasmi pertama Trump ke Malaysia dan penyertaan pertamanya dalam Sidang Kemuncak ASEAN sejak kembali memegang jawatan.

Sambutan mesra Malaysia bermula dengan pengiring udara yang mengagumkan dan diteruskan di seluruh ibu negara ketika Trump tiba untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan pagi tadi.
"Terima kasih, Malaysia!" menurut perkongsiannya pada akaun X https://x.com/margomartin47, yang turut menyiarkan video pendek jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia mengiringi Air Force One ketika pesawat itu memasuki ruang udara Malaysia.
Thank you, Malaysia! pic.twitter.com/nh84ZoKgTC
— Margo Martin (@MargoMartin47) October 26, 2025
Air Force One mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.54 pagi dan Trump disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam perkongsian beliau seterusnya, Martin berkongsi klip menunjukkan konvoi presiden melalui lebuh raya Maju Ekpressway menuju ke pusat bandar dengan kapsyen, "Konvoi Presiden Trump di Malaysia menuju ke Sidang Kemuncak ASEAN."
President Trumps motorcade drives through Malaysia en route to the ASEAN Summit pic.twitter.com/NWbsgGTsXj
— Margo Martin (@MargoMartin47) October 26, 2025
Konvoi presiden juga termasuk "The Beast", kereta rasmi negara yang diterbangkan khas untuk kegunaan presiden itu sepanjang lawatannya di Malaysia.
Terdahulu, selepas berjabat tangan, Anwar dan Trump memasuki "The Beast" sebelum rombongan itu bertolak dari Kompleks Bunga Raya ke Kuala Lumpur.
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Trump ke Malaysia dan penyertaan pertamanya dalam Sidang Kemuncak ASEAN sejak kembali memegang jawatan.
Trump merupakan presiden AS ketiga melawat Malaysia, selepas Lyndon B. Johnson pada 1966 dan Barack Obama pada 2014 dan 2015.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, yang diadakan di bawah tema Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 "Keterangkuman dan Kemampanan", menghimpunkan pemimpin tertinggi dari negara-negara anggota ASEAN serta rakan dialog utama termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun dan India.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pembantu Khas Presiden AS
#puji layanan
#Margo Martin
#Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan