awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Pendidikan Terengganu kesal kes pelajar cedera main mercun

Astro Awani
Astro Awani
21/05/2019
20:00 MYT
Jabatan Pendidikan Terengganu kesal kes pelajar cedera main mercun
Syafiq Haikal terpaksa melalui pembedahan amputasi demi menyelamatkannya. - Astro AWANI
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) kesal kes kecederaan akibat mercun terus menimpa pelajar di negeri itu.
Pengarahnya Shafruddin Ali Hussin berkata walaupun peringatan dan amaran telah diberikan namun ia terus berlaku sehingga menyebabkan kecederaan parah.
Menurutnya, setiap kali bulan Ramadan pihaknya sentiasa mengingatkan para pendidik untuk menekankan aspek keselamatan pelajar termasuk bahaya bermain mercun.
"Saya telah mengingatkan Pengetua, Guru Besar, supaya bercakap tentang empat perkara.
"Antaranya, perkara pertama yang saya ingatkan ialah tentang keselamatan dan kesihatan, termasuk menasihatkan murid-murid kita mengelak daripada bermain mercun dan mengutamakan keselamatan apabila bermotosikal dan sebagainya.
"Ini merupakan peringatan-peringatan yang biasa kita keluarkan apabila masuk saja bulan Ramadan, tetapi masih lagi berlaku," katanya.
Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar sentiasa memantau dan mengawasi pergerakan anak-anak terutamanya menjelang Aidilfitri ini bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.
BACA: Setelah cedera akibat mercun, sebahagian tangan kanan remaja ini terpaksa dipotong pula
Pada Isnin, seorang pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah di Besut putus pergelangan tangan kanan akibat terkena mercun.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, Syafiq Haikal Shaharrudin dilaporkan cedera parah di pergelangan tangan sebelah kanan dan kesemua jarinya putus.
Topic Berkaitan
#Besut
#cedera
#mercun
#pelajar sekolah
#potong tangan
#putus jari
#Ramadan
#Shafruddin Ali Hussin
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan