awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan beralun bukan punca kemalangan maut LPT2 - Fadilah Yusof

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2016
10:37 MYT
Jalan beralun bukan punca kemalangan maut LPT2 - Fadilah Yusof
Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan jajaran LPT2 secara berhemah dan mematuhi had laju yang telah ditetapkan. - Gambar fail
Kajian Kementerian Kerja Raya mendapati permukaan jalan yang beralun bukan punca kemalangan maut di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2).
Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan nahas-nahas yang meragut nyawa di LPT2 berlaku di jajaran yang lurus dan permukaan jalan yang baik.
Penemuan itu diperoleh daripada padanan statistik kemalangan maut dengan ujian profil berasaskan nilai Indeks Kerataan Jalan Antarabangsa (IRI) yang dijalankan di lebuh raya berkenaan.
"Kementerian juga telah memadankan rekod statistik kemalangan maut dengan nilai IRI dan mendapati lokasi kemalangan maut tidak berlaku di lokasi beralun tetapi di jajaran lurus dan mempunyai permukaan jalan yang baik.
"Justeru, jalan beralun bukan punca kemalangan di LPT2 seperti ditemui daripada ujian IRI itu," ujar Fadillah dalam satu kenyataan media hari ini.
Ujian IRI dijalankan pada 8 Januari 2016.
Nilai IRI bagi keseluruhan jajaran LPT2 sepanjang 184 kilometer itu adalah mematuhi tahap nilai ditetapkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Justeru itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan jajaran LPT2 secara berhemah dan mematuhi had laju yang telah ditetapkan.
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#IRI
#Kementerian Jalan Kerja Raya
#LPT2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan