awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan maut dihempap batu bata

Bernama
Bernama
16/02/2019
15:55 MYT
Kanak-kanak perempuan maut dihempap batu bata
Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas dihempap batu bata dinding rumahnya yang runtuh akibat dirempuh sebuah kereta terbabas di Kampung Merchong pada Sabtu. - Gambar hiasan
Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas dihempap batu bata dinding rumahnya yang runtuh akibat dirempuh sebuah kereta terbabas di Kampung Merchong, Bebar di Pekan dekat sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Amran Sidek berkata mangsa, Nooreen Qistina Abdullah, enam tahun, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Nenasi, Pekan pada 12.10 tengah hari.
Kemalangan turut menyebabkan adik mangsa, Nur Jannah, setahun, yang juga berada di dalam rumah luka di kepala.
"Kejadian dipercayai berlaku apabila rumah itu dirempuh sebuah kereta pada 10 pagi yang difahamkan terbabas semasa pemandunya mahu mengelak sebuah kenderaan lain dari arah hadapan.
"Ia menyebabkan kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu penuntut sebuah universiti terbabas ke kanan lalu merempuh rumah mangsa.
"Semasa kejadian, ayah mangsa tiada di rumah kerana turun ke laut dan kedua-dua mangsa dijaga ibu mereka," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Amran menambah kemalangan yang berlaku di KM58 Jalan Pekan/ Nenasi/ Rompin itu juga menyebabkan pemandu kereta yang berusia 31 tahun cedera dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Pekan.
Beliau menambah siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#Nooreen Qistina Abdullah
#Pekan Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan