awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pertimbang selesai isu pelarian Rohingya melalui ICC

Nailah Huda
Nailah Huda
26/03/2019
08:14 MYT
Kerajaan pertimbang selesai isu pelarian Rohingya melalui ICC
Pelarian etnik Rohingya ini kelihatan sedih ketika program penyerahan barangan bantuan Food Flotilla for Myanmar di Kem Kutupalong. - Foto BERNAMA (2017).
Kerajaan mempertimbang untuk membawa isu genosid ke atas golongan Rohingya melalui Mahkamah Jenayah Antarabangsa atau International Criminal Court (ICC), selain melihat alternatif lain.
Jelas Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah pada Selasa, walaupun kerajaan menekankan kepentingan untuk menegak keadilan bagi orang Rohingya, namun langkah diplomatik akan diambil oleh agar hubungan dua hala bersama Myanmar tidak terkesan.
Antara objektif yang disasarkan adalah untuk membantu menyelesaikan isu kerakyatan bagi golongan Rohingya.
“Isu kerakyatan ini tidak semua negara bawa membincang, namun Malaysia melihat ini sebagai satu isu yang amat penting,” jelas beliau mengenai golongan Rohingya yang tidak diiktiraf sebagai salah satu 'kaum kebangsaan' di Myanmar, lalu tidak mendapat kerakyatan di negara itu.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/qdf-sedia-kerjasama-dengan-malaysia-bantu-pelarian-rohingya-192144
Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah memberi komen mengenai kedudukan kerajaan terhadap isu pelarian Rohingya di simposium pada Selasa.
Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan akan terus menerima pelarian Rohingya yang mencari perlindungan, namun turut komited untuk mencari penyelesaian yang harus bermula di Myanmar.
Ketika disoal jawab oleh wartawan di sidang media, beliau berkata: “Kita sudah ada lebih 100,000 pelarian Rohingya di Malaysia."
“Kita tidak pernah menghalang siapa-siapa (yang ingin memasuki negara kita). Namun, ia tidak akan berhenti sehingga masalah di Myanmar diselesaikan,” jelas beliau.
Tambah Saifuddin: “Masalahnya bukan kerana kita tidak menerima mereka, sebaliknya ia adalah mengenai orang Rohingya yang menjadi mangsa dan terpaksa lari ke negara lain. Ia langsung tidak berperikemanusiaan.”
Selain menyelesaikan masalah secara jangka panjang, kerajaan turut beri bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya.
“Kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta (ringgit) dalam bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya,” jawab beliau kepada wartawan di sidang media.
BACA: QDF sedia kerjasama dengan Malaysia bantu pelarian Rohingya
Pada 2017, satu hospital medan tajaan Malaysia ditubuhkan di Cox’s Bazar, Bangladesh dengan kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan serta beberapa kumpulan masyarakat sivil.
Bagaimanapun, beliau tegas bahawa kerajaan tidak akan ‘berkira’ dalam perbelanjaan untuk membantu pelarian Rohingya kerana ia dilihat sebagai tanggungjawab kerajaan.
Beliau berkata demikian di acara International Symposium on the Path to Justice for the Rohingyas: The International Criminal Court (ICC) & Other International Accountability Mechanisms di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak pada Selasa.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#bantuan kemanusiaan
#Cox's Bazar
#ICC
#Mahkamah Jenayah Antarabangsa
#Myanmar
#pelarian
#Rohingya
#Saifuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan