awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bermula Julai, TH hanya benar pindah wang simpanan ke akaun bank pencarum sahaja

Bernama
Bernama
20/06/2023
08:16 MYT
Bermula Julai, TH hanya benar pindah wang simpanan ke akaun bank pencarum sahaja
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan usaha untuk memperkukuh keselamatan perkhidmatan digitalnya dengan menambah baik kawalan teknologi demi keselesaan dan keselamatan urusan kewangan pendeposit. - Fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan usaha untuk memperkukuh keselamatan perkhidmatan digitalnya dengan menambah baik kawalan teknologi demi keselesaan dan keselamatan urusan kewangan pendeposit.
TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa bermula 1 Julai, TH membenarkan pemindahan wang daripada akaun simpanan TH ke akaun bank sendiri sahaja.
"Pendeposit juga hanya boleh mengaktifkan kad ATM dengan akaun TH menerusi mesin ATM dan bukan melalui perkhidmatan perbankan dalam talian bank-bank rakan strategik TH," menurut kenyataan itu.
Langkah itu merupakan satu daripada usaha TH dalam memastikan para pendeposit tidak terjerat dalam perangkap pihak tidak bertanggungjawab atau scammer kerana TH memandang serius terhadap penipuan yang berlaku melibatkan pendeposit melalui perbankan Internet bank-bank rakan strategik TH.
"TH sentiasa cakna dan prihatin akan keselamatan urusan para pendeposit. Justeru, TH akan terus berusaha untuk memperkasakan lagi perkhidmatan digital TH demi keselesaan para pendeposit," kata Pengarah Eksekutif Operasi TH Mohamad Ameen Abdul Wahab dalam kenyataan berkenaan.
TH juga sentiasa melakukan kemas kini dan memperketat kawalan keselamatan teknologi sedia ada secara berterusan bagi memastikan semua transaksi yang dilakukan oleh pendeposit adalah selamat.
Orang ramai boleh merujuk laman web rasmi TH, www.tabunghaji.gov.my atau terus menghubungi Pusat Panggilan TH (THCC) menerusi talian 03-6207 1919 bagi mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang perkhidmatan lain yang ditawarkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#pemindahan wang
#keselamatan perkhidmatan digitalnya
#akaun bank sendiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan