PUTRAJAYA:Organisasi media seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) boleh memainkan peranan membantu artis yang terkesan akibat penularan COVID-19 terutama golongan veteran, kata Pengerusi Bernama. Datuk Ras Adiba Mohd Radzi.
Beliau berkata, kisah artis yang berdepan kesukaran akibat hilang punca pendapatan atau masalah kesihatan perlu diberi perhatian sebagai tanda menghargai sumbangan mereka kepada dunia seni negara.
"Kita bercerita mengenai mereka kerana mereka membawa cerita yang tersendiri dalam persada seni dan waktu inilah kita dapat mendengar cerita mereka, bagaimana keadaan mereka dahulu dan sekarang, untuk memberi inspirasi kepada orang ramai.
"Waktu ini walaupun mereka berada dalam keadaan yang begitu sukar, kita boleh belajar daripada mereka bagaimana mereka berkecimpung dalam dunia seni dan menjadi anak Malaysia yang berbakat serta menyumbang kepada sejarah seni negara," katanya selepas menyaksikan penyanyi veteran Datuk Dj Dave meraikan anak-anak yatim secara maya bersempena ulang tahun kelahirannya di sini hari ini.
Dj Dave yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) berkata, yayasan itu kini turut berusaha membantu artis veteran yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
"Memang ramai artis yang susah sekarang. Saya pun dulu ada dua atau tiga persembahan sebulan tetapi sekarang langsung tiada," katanya.
Mengulas sambutan ulang tahun yang ke-73, Dj Dave berkata, kali ini beliau membuat kelainan dengan meraikannya secara maya bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi lintas langsung bersama dengan empat rumah anak yatim terpilih. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 15 2021
Menurut Datuk Ras Adiba Radzi, kisah artis yang berdepan kesukaran akibat hilang punca pendapatan atau masalah kesihatan perlu diberi perhatian sebagai tanda menghargai sumbangan mereka kepada dunia seni negara. - Gambar BERNAMA
Rumah kayu tradisional jadi tarikan pelancongan baharu di Kedah
Rumah kayu yang mempamerkan ciri-ciri seni bina tradisional Kedah itu bakal menarik minat pelancong yang datang ke Alor Setar.
Presiden Lubnan tegaskan komitmen Guterres terhadap pengunduran Israel mengikut tarikh akhir
Pendirian Lubnan bahawa pengunduran pasukan Israel dari wilayah yang diduduki di selatan negara itu mesti dilaksanakan seperti dipersetujui pada 27 Nov.
Mahkamah Korea Selatan perintah penahanan rasmi Presiden Yoon
Ini kali pertama dalam sejarah seorang Presiden Korea Selatan yang sedang berkhidmat ditahan.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Program rintis FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.
Kabel lif ski putus, puluhan cedera di Sepanyol
Sebuah lif ski runtuh di resort di wilayah Aragon, Sepanyol, pada Sabtu.
ASEAN mesti sedia hadapi cabaran baharu kepada keselamatan, kesepaduan - Mohamad
ASEAN mesti bersatu menolak segala anasir luar yang berupaya mengganggu gugat identiti dan kesepaduan pertubuhan itu.
AWANI Ringkas: Selepas UK, PM ke Belgium
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 1,000 peminat campervan, motorhome berkampung di Melaka sempena WTC, WTD
Lebih 1,000 peminat campervan dan motorhome akan berhimpun di Melaka sempena program Jambori Karavan pada September depan.
#AWANIRingkas 19 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 Januari 2025
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas UK, PM ke Belgium
2️⃣ Pasaran pelancongan ASEAN
3️⃣ Banjir di Sabah
#awaniringkas
Beberapa agenda penting pelancongan ASEAN melatari tentatif ATF 2025 hari ini
Ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah ATF selepas yang pertama di Kuching, Sarawak pada 2014.
Bernama, Perkeso meterai MoU, manfaat 493 pengamal media sambilan
Bernama dan Perkeso menandatangani MoU bagi memperluas perlindungan sosial kepada pengamal media sambilan (stringers) melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong dilantik Presiden MPI
Bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong dilantik sebagai Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI).
Pemergian Abdul Rahman @ Roger kehilangan besar dunia kewartawanan negara
Rakan seperjuangan sifatkan Allahyarham Roger seorang sahabat yang sukar dicari ganti atas kesanggupannya menghulurkan bantuan kepada rakan dan teman sekerja.
Bernama, RTM, JaPen perlu perkukuh kerjasama rangka strategi tangkis berita palsu
Bernama, RTM dan JaPen perlu memperkukuhkan kerjasama dalam merangka strategi bagi menangkis berita palsu.
Tiada kebebasan mutlak, wartawan, organisasi media harus terus tingkat kualiti
Walaupun tidak wujud kebebasan mutlak dalam industri media, wartawan dan organisasi media harus terus meningkatkan kualiti pelaporan berita mereka.
Bekas Pengarang Urusan Bernama meninggal dunia
Arwah yang menghidap pelbagai penyakit, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.48 pagi di klia2.
Personaliti TV Astro AWANI Essan Yahya akhiri zaman bujang
Personaliti Astro AWANI Salehuddin Yahya selamat diijab kabul dengan buah hatinya, Nurul Syaza Mohd Sahaib dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Selatan pada Khamis.
Bernama perjelas isu infografik PKP3 tular
Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Ahmad menasihati orang ramai agar memeriksa fakta yang mereka temukan di media sosial.
Tiada 'wahyu', Bernama buat liputan Perhimpunan Agung UMNO secara seimbang
Dakwaan bahawa Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) kononnya menerima 'wahyu' untuk liputan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang berlangsung hari ini dan esok, adalah tidak benar.
Bernama boleh bantu artis terkesan COVID-19, kata Ras Adiba
Artis yang berdepan kesukaran akibat hilang punca pendapatan atau masalah kesihatan perlu diberi perhatian sebagai tanda menghargai sumbangan mereka kepada dunia seni negara.