awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bernama jelaskan laporan Malaysiakini mengenai anugerah

Bernama
Bernama
19/09/2016
14:48 MYT
Bernama jelaskan laporan Malaysiakini mengenai anugerah
Penyampaian anugerah itu dijadual diadakan pada majlis 'A Tribute to Heroes in the Global Campaign Against Violent Exremism' di Metropolitan Museum of Arts, New York. - Gambar hiasan
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini menjelaskan bahawa berita mengenai pemilihan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penerima Anugerah 'Lead by Example' telah ditulis berdasarkan kenyataan Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia Datuk Seri Alias Ahmad.
Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab berkata Alias, yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, dalam kenyataannya menyatakan anugerah itu adalah daripada UNESCO dan akan disampaikan pada 22 Sept ini.
Zakaria mengulas portal berita Malaysiakini yang melaporkan Bernama mendakwa anugerah itu adalah daripada UNESCO.
"Bernama hanya melaporkan kenyataan itu yang menyatakan bahawa anugerah berkenaan adalah daripada UNESCO,"katanya.
Penyampaian anugerah itu dijadual diadakan pada majlis 'A Tribute to Heroes in the Global Campaign Against Violent Exremism' di Metropolitan Museum of Arts, New York. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Permata
#Rosmah Mansor
#Unesco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan