UNTUK menaikkan semangat keterujaan murid-murid yang bakal memasuki alam persekolahan baharu, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) sekali lagi menganjurkan Program Ikhlas Back to School dengan mengagihkan barangan keperluan persekolahan kepada 28 buah Tabika Kemas di Sungai Besar, Selangor.
Pengagihan keperluan ini melibatkan 200 murid yang terpilih dari keluarga kurang berkemampuan dan akan memulakan persekolahan darjah satu bagi Sesi Mac 2024/2025. Pemilihan murid-murid adalah melalui sokongan Pejabat KEMAS Daerah Sabak Bernam yang secara tidak langsung turut menjayakan program ini.
“Selaras dengan matlamat kami untuk membantu komuniti pesawah dan setempat di Sungai Besar, kami percaya akan kepentingan memberi kembali dan membentuk hubungan yang lebih erat dengan masyarakat. Oleh itu, kami berbesar hati untuk menyumbang peralatan sekolah khusus untuk pelajar kurang berkemampuan yang terpilih untuk membantu meringankan beban kewangan keluarga mereka," kata Pengurus Pengurusan Bekalan & Skim Kilang Beras Bernas Sungai Besar, Muhammad Norhafriz Md Yusop.
“Secara tidak langsung, kita dapat memastikan bahawa anak-anak ini mendapat pendidikan berkualiti secara inklusif dan saksama serta menggalakkan peluang pembelajaran kepada semua seperti yang digariskan di bawah Matlamat Pembangunan Mampan 4 (SDG 4)”, ujar beliau lagi.
Pendidikan formal adalah penting kerana ia membantu memupuk peribadi dan sifat positif seseorang pelajar yang berpotensi menjadi bakal pemimpin masa depan satu hari nanti.
"Melalui program ini, kami berharap ia dapat menjadi motivasi untuk anak-anak memulakan langkah pertama mereka ke alam persekolahan. Melihat kegembiraan mereka (anak-anak) memilih pakaian seragam yang turut dibantu oleh guru pengiring dan sukarelawan BERNAS, membuatkan kami lebih bersemangat untuk meneruskan Program Ikhlas Back to School untuk tahun seterusnya,” tambah Muhammad lagi.
Barangan yang diterima adalah pakaian seragam bersama kasut dan stoking sekolah, pakaian sukan, beg sekolah serta set alat tulis.
Sejak 2016, BERNAS telah aktif menyumbang melalui Program Ikhlas Back to School kepada murid-murid sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah. Program kali ini sedikit berbeza berbanding tahun sebelumnya, di mana ia diadakan di Kompleks Kilang Beras BERNAS di Sungai Besar dan murid tabika yang terpilih dapat merasai suasana ala karnival yang turut dibantu oleh guru pengiring dan sukarelawan daripada BERNAS.
Kenyataan Media
Fri Feb 02 2024
Rozita Ahmad, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat BERNAS membantu murid Tabika KEMAS yang menerima sumbangan Program Ikhlas Back to School Sungai Besar, Selangor. - Foto BERNAS
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Aktiviti seleweng diesel subsidi nelayan di Sungai Besar tumpas
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi nelayan di sebuah premis di Sungai Besar, Selangor.
BERNAS anjur Program Ikhlas Back To School, agih barang keperluan sekolah
Pengagihan melibatkan 200 murid terpilih dari keluarga kurang berkemampuan dan akan mula bersekolah Tahun Satu bagi sesi Mac 2024/2025.
Bunuh teman wanita: Mahkamah tetap 21 Mac serah rekod telekomunikasi
21 Mac ini ditetap bagi sebutan serahan rekod telekomunikasi telefon bimbit berkaitan kes lelaki didakwa membunuh kekasihnya yang hamil.
Penduduk gempar cahaya hijau terangi langit
Imej itu dirakam seorang pelayar Facebook yang memuat naik gambar fenomena itu di sebuah taman perumahan di sini.
Bunuh kekasih hamil: Peguam mohon tertuduh dirujuk pakar psikiatri
Peguam bela seorang lelaki yang didakwa membunuh kekasih hamil pada Mei lalu memohon Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini, agar anak guamnya dirujuk kepada pakar di hospital psikiatri.
Tikam, bakar teman wanita dengan niat sembunyi kehamilan
Perselisihan faham tentang kehamilan menjadi punca seorang wanita mati ditikam, ditoreh di bahagian perut dan dibakar di kebun kelapa sawit pada Isnin.
Lima warga Indonesia kendali bot tempatan tanpa dokumen, ditahan
Maritim Malaysia Negeri Selangor menahan lima lelaki warga Indonesia yang bekerja di atas bot nelayan tempatan kelas C tanpa kebenaran.
Klinik Desa Kampung Parit Baharu musnah terbakar
Siasatan awal mendapati kebakaran melibatkan bangunan setingkat kelas A berkeluasan 100x100 kaki persegi terbakar 70 peratus.
Harga 'ikan rakyat' di Sekinchan, Sungai Besar jauh lebih murah - Jamal
Ramai pengunjung yang ditemui memaklumkan mereka menetap di Lembah Klang dan datang ke pasar awam itu semata-mata ingin mendapatkan ikan segar pada harga murah.
Jangan salah faham isu Tengku Zafrul calon Parlimen Sungai Besar - Jamal Yunos
UMNO bahagian itu terbuka untuk menerima sesiapa sahaja pemimpin termasuk menteri daripada parti itu untuk membantu Selangor.