Skip to main content

Malaysia

PM puji prestasi kontinjen Malaysia raih sembilan emas di Sukan Asia Aichi-Nagoya

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada seluruh kontinjen Malaysia atas kejayaan meraih sembilan pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun. - Foto FB Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada seluruh kontinjen Malaysia atas kejayaan meraih sembilan pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun. - Foto FB Anwar Ibrahim

Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada seluruh kontinjen Malaysia atas kejayaan meraih sembilan pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata kejayaan itu sekali gus menyamai pencapaian terbaik kontinjen negara di Sukan Asia pada edisi Guangzhou 2010 di China.

“Terima kasih kerana telah memberikan yang terbaik dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Teruskan melangkah dengan keyakinan dan semangat juang tinggi.

“Semoga lebih banyak kejayaan menanti di pentas-pentas seterusnya,” kata beliau.

Kontinjen Malaysia melabuhkan tirai saingan di Sukan Asia ke-20 itu dengan kutipan sembilan pingat emas, tujuh perak dan 16 gangsa.

Pingat emas berkenaan disumbangkan menerusi acara skuasy, karate, e-sukan, sepak takraw dan berbasikal trek.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement