awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berpelukan beramai-ramai dalam lubang rahsia, elak dicekup polis

Astro Awani
Astro Awani
23/06/2019
00:30 MYT
Berpelukan beramai-ramai dalam lubang rahsia, elak dicekup polis
Hasil pemeriksaan polis mendapati, kesemua mereka didapati melanggari peraturan di bawah Akta Imigresen dan beroperasi dijalankan tanpa lesen yang sah. - Foto Astro AWANI
Gara-gara ingin mengelak dari dicekup pihak berkuasa, 20 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing sanggup bersembunyi sambil berpelukan dalam bilik sebesar tandas.
Bagaimanapun, cubaan mereka gagal apabila polis berjaya mengesan lubang rahsia yang terletak di belakang sofa tingkat satu sebuah pusat hiburan di Jalan Layang-Layang, Bandar Puchong Jaya.
Operasi yang diketuai Pegawai Turus D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, DSP Azmi Syukor bersama 15 anggota itu menyerbu masuk pada kira-kira jam 11 malam.
Ketika serbuan, pintu enggan dibuka menyebabkan polis terpaksa memecah masuk dr bahagian belakang.
Beberapa GRO yang sedang melayan pelanggan, bertempiaran lari ke bilik rahsia di tingkat berkenaan.
Hasil pemeriksaan polis mendapati, kesemua mereka didapati melanggari peraturan di bawah Akta Imigresen dan beroperasi dijalankan tanpa lesen yang sah.
Turut ditahan ialah tiga pekerja warganegara Bangladesh dan tiga penjaga warga tempatan.
Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat jika terdapat aktiviti tidak sihat di kawasan masing-masing.
Polis percaya operasi yang berterusan mampu mengekang gejala sosial dan jenayah.
Topic Berkaitan
#aktiviti tidak sihat
#berpelukan dalam bilik
#bilik sebesar tandas
#gejala sosial
#GRO
#IPD Subang Jaya
#IPK Selangor
#wanita pelayan pelanggan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan