awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersih 4: Kehadiran Dr Mahathir seolah-olah bersekongkol dengan pembangkang - Salleh

Bernama
Bernama
31/08/2015
10:48 MYT
Bersih 4: Kehadiran Dr Mahathir seolah-olah bersekongkol dengan pembangkang - Salleh
Ditanya mengenai sebab beliau hadir di perhimpunan tersebut pada Ahad, Dr Mahathir berkata 'beliau datang hanya untuk melihat'. - Foto Astro AWANI/ Shahir Omar
Kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan haram Bersih 4 Sabtu lepas seolah-olah menunjukkan beliau bersekongkol dengan parti pembangkang yang ingin menjatuhkan pemimpin negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata tindakan Dr Mahathir juga menunjukkan beliau bersama-sama menyokong demonstrasi dan perhimpunan haram itu, meskipun tidak mengakuinya.
"Saya tidak nampak apa asasnya beliau berkata tidak menyokong Bersih sedangkan beliau turun semalam. Ini satu perubahan besar daripada Tun (Dr) Mahathir kerana beliau satu ketika dulu menentang demonstrasi jalanan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara perbarisan dan perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2015 di sini, hari ini.
Salleh berkata demikian ketika ditanya berhubung tindakan Dr Mahathir menghadiri perhimpunan Bersih, Sabtu lepas.
BACA: Tindakan Tun Mahathir jadi teladan tidak baik kepada anak muda - Mustapa
BACA: Dr Mahathir bertindak di luar batasan - Hishammuddin
BACA: Tun Mahathir 'turun' Bersih 4, NGO buat laporan polis
Katanya Dr Mahathir kini dilihat sanggup bekerjasama dengan parti pembangkang dalam usaha menjatuhkan pemimpin negara dan telah mengkhianati UMNO.
"Tindakan itu bererti beliau tidak taat dan setia lagi dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) umumnya, dan saya harap UMNO dan Barisan Nasional harus mengambil tindakan sewajarnya terhadap beliau," katanya
Topic Berkaitan
#Bersih 2.0
#bersih 4
#Dataran Merdeka
#Maria Abdullah
#Tun Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan