Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah ditahan ketika berhimpun di Padang Merbok di sini hari ini.

Penahanan aktivis Gerakan Baju Merah itu disahkan oleh Ketua Pemuda Gerakan Baju Merah, Zainuri Zainal kepada Astro AWANI pada petang Sabtu.

Turut ditahan ialah activis Bersih 5, Howard Lee Chuan How.

Armand ditahan di Padang Merbok manakala Howard di NU Sentral, Brickfields.


BACA: LAPOR LANGSUNG: Bersih 5 di Kuala Lumpur


Mereka dibawa ke ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan di bawah Seksyen 511 Kanun Keseksaan atas percubaan melakukan kesalahan dan Seksyen 147 kanun sama atas kesalahan melakukan rusuhan.

Hari ini, perhimpunan Bersih 5 berlangsung di ibu negara dan dihadiri oleh beberapa orang bekas pemimpin negara termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.