Anak-anak muda perlu ada jati diri yang kuat agar tidak mudah terjebak dalam perhimpunan Bersih 5 yang akan diadakan 19 November ini.
Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Abd Rahman berkata jati diri penting agar belia tidak mudah dieksploitasi dalam perjuangan pihak tertentu.
Kata beliau, pilihan raya adalah satu-satunya jalan dalam melakukan perubahan ke atas pemerintahan negara dan bukannya dengan melakukan sebarang demonstrasi jalanan.
“Belia perlu menguatkan jati diri kerana ia penting sebagai sebuah tembok dalam menentukan maklumat yang benar dan tidak sahih serta mahu mengikut serta atau tidak.
“Dahulu kita ada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), tapi kerajaan mansuhkan AUKU bukan bermakna boleh berbuat sesuka hati, tetap ada landasannya dan batasannya,” katanya.
Abdul Aziz menambah, di beberapa negara Timur Tengah sudah terbukti demonstrasi jalanan mampu merosakkan sesebuah negara.
Justeru, golongan belia diseru untuk mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada pilihan raya akan datang.
"Kira-kira 400,000 belia yang boleh mengundi tetapi yang berdaftar cuma 40,000 orang. Perkara ini perlu diberi perhatian serius,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah dalam Forum Sembang Santai Merdeka Belia Bersatu di Dewan Masjid Saidina Umar Al-Khattab (MSUA), Bukit Damansara di sini, pada Sabtu.
Azyyati Ahmad
Sat Sep 17 2016
Tan Sri Abdul Aziz Abd Rahman berkata jati diri penting agar belia tidak mudah dieksploitasi dalam perjuangan pihak tertentu. - Foto Fail
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Bersih 5: Belia perlu ada jati diri elak dari dieksploitasi - MUBARAK
Anak-anak muda perlu ada jati diri yang kuat agar tidak mudah terjebak dalam perhimpunan Bersih 5 yang akan diadakan 19 November ini.