ISTANBUL: Sepasukan peguam Australia telah merujuk Perdana Menterinya Anthony Albanese ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan bersuhabat dalam pembunuhan beramai-ramai di kawasan Gaza Palestin yang dikepung.
Birchgrove Legal, yang memfailkan kes itu berkata Albanese adalah pemimpin pertama negara Barat yang dirujuk kepada ICC di bawah Perkara 15 Statut Rom.
Diketuai oleh Peguam Diraja Sheryn Omeri, pasukan undang-undang itu dalam satu kenyataan pada Selasa berkata mereka mengambil masa berbulan-bulan mendokumentasikan dakwaan bersubahat dan menggariskan tanggungjawab jenayah individu Albanese berhubung situasi di Palestin.
Pasukan itu berkata dokumen setebal 92 muka surat itu diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya ICC Karim Khan KC pada Isnin, dan disokong oleh lebih seratus peguam dan peguam bela Australia.
Bagaimanapun, Albanese pada Selasa menolak kes itu dan mendakwa pasukan undang-undang itu tidak mempunyai kredibiliti.
Ia "jelas tidak mempunyai kredibiliti ... Saya tidak fikir bahawa penyelesaian damai dapat dicapai berdasarkan maklumat yang salah, dan terdapat begitu banyak maklumat salah mengenai apa yang berlaku," kata Albanese sebelum menganjurkan sidang kemuncak khas pemimpin ASEAN di Melbourne.
Menurut Birchgrove Legal, dokumen yang dikemukakan kepada ICC menggariskan beberapa tindakan yang diambil oleh PM Australia dan menteri lain termasuk ahli parlimen (MP), Menteri Luar Penny Wong dan ketua pembangkang, untuk dipertimbangkan dan disiasat oleh pendakwa raya.
Dokumen itu termasuk pembekuan dana sebanyak AS$6 juta Australia kepada agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang beroperasi di Gaza (UNRWA).
Ia menuduh Canberra memberikan bantuan ketenteraan dan meluluskan eksport pertahanan ke Israel, yang boleh digunakan oleh IDF (pasukan Israel) untuk melakukan genosid serta jenayah terhadap kemanusiaan."
Kumpulan itu menuduh kerajaan Albanese "mengerahkan kontinjen tentera Australia secara mencurigakan ke rantau itu, dengan lokasi dan peranannya tidak didedahkan."
Ini terutamanya, tentera Australia membantu Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) dalam serangannya ke atas Houthi Yaman yang telah melancarkan serangan ke atas kapal-kapal yang menggunakan bendera Israel di Laut Merah, sebagai tindak balas kepada perang Tel Aviv ke atas Gaza.
Selain itu, Birchgrove Legal berkata Canberra membenarkan warga Australia, sama ada secara jelas dan tidak, untuk ke Israel bagi menyertai IDF dan mengambil bahagian dalam serangannya ke atas Gaza.
Canberra memberi sokongan politik yang tidak berbelah bahagi ke atas tindakan Israel seperti yang dibuktikan oleh kenyataan politik PM (Albanese) dan ahli parlimen lain, termasuk ketua pembangkang.
Sejak serangan Israel pada 7 Okt di Semenanjung Gaza, kira-kira 30,534 penduduk terkorban dan 71,920 lagi cedera, selain kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.
Perang Israel telah mendorong 85 peratus penduduk Gaza berpindah, di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk selain 60 peratus daripada infrastruktur di wilayah itu rosak atau musnah, menurut PBB.
Israel dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di ICJ pada Januari dan mahkamah antarabangsa itu membuat keputusan sementara supaya Tel Aviv menghentikan tindakan genosid, selain mengambil langkah-langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaan sampai kepada orang awam di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Sepasukan peguam Australia telah merujuk Perdana Menterinya Anthony Albanese ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan bersuhabat dalam pembunuhan beramai-ramai di kawasan Gaza Palestin yang dikepung. - Gambar fail/REUTERS
Snipping Tools baharu Windows 11 uji ciri kesan kod QR, tambah emoji 3D
Dalam setiap tangkapan layar pada kandungan yang ada kod QR, Snipping Tool boleh kesan dan terus mengeluarkan pautan URL untuk pengguna terus tekan.
Ringgit dijangka didagangkan dalam keadaan berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan memandangkan pelabur mencari petunjuk baharu daripada data ekonomi yang lebih signifikan.
AWANI Ringkas: Lebih 39,000 pengundi tunai tanggungjawab
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Arsenal sudah atur perarakan julang trofi liga
Bakal juara musim Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/2024, Arsenal, sudah siap melakukan perancangan rapi untuk menjulang piala kejuaraan.
AWANI Ringkas: Susulan insiden letupan bom di Narathiwat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (Perkembangan setakat jam 12:00pm)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Perhimpunan Agung PBB terima resolusi pertimbangkan semula keanggotaan Palestin
Resolusi diterajui UAE itu diterima selepas mendapat sokongan majoriti dengan 143 negara anggota menyokong, sembilan menentang, 25 berkecuali.
Gelap mata untung lumayan, warga emas rugi RM412,500
Lelaki warga emas itu melakukan beberapa transaksi berjumlah RM412,500 kepada empat akaun berbeza baru-baru ini bagi menerima pulangan dan keuntungan berkenaan.
Keputusan PRK KKB dijangka sekitar 9 malam ini
Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, pihaknya menjangkakan keputusan pagi PRK KKB akan diumumkan sekitar jam 9 malam ini. #AWANInews #PRKKKB
SPR jangka peratusan keluar mengundi PRK KKB capai 60 peratus
Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, lazimnya peratusan keluar mengundi di KKB sekitar 67 peratus, namun pada PRK kali ini, beliau jangka sebanyak 60 peratus secara realistiknya. #AWANInews #PRKKKB
Bersuhabat dalam genosid: PM Australia Albanese dirujuk ke ICC
Birchgrove Legal, yang memfailkan kes itu berkata Albanese adalah pemimpin pertama negara Barat yang dirujuk kepada ICC di bawah Perkara 15 Statut Rom.