awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shuib didenda RM10,000 promosi vape
'Pirate Queen: Zheng Yi Sao' jadi filem AI generatif pertama di pawagam Malaysia
Gangguan trafik minimum di KM16.33 NKVE Damansara-Subang malam ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bertahun lama menanti, mesin ATM akhirnya sampai di Gedong

Astro Awani
Astro Awani
15/12/2020
11:55 MYT
Bertahun lama menanti, mesin ATM akhirnya sampai di Gedong
Dengan kewujudan mesin ATM tunggal di kawasan itu, ia dapat memberi manfaat besar kepada banyak pihak kerana menjimatkan masa, wang dan tenaga. - Foto Astro AWANI
SIMUNJAN :Jika sebelum ini penduduk di Gedong, Simunjan di Sarawak terpaksa menempuh perjalanan yang jauh ke pekan atau bandar terdekat bagi mendapatkan khidmat perbankan, kini mereka tidak perlu lagi berbuat demikian.
Ia setelah sebuah mesin teler automatik (ATM) di bawah selenggaraan Agrobank ditempatkan di Gedung Usahawan Gedong.
Bagi penduduk, Kamis Paleng, kemudahan ini ternyata satu perkara yang amat dinanti sejak sekian lama buat masyarakat di kawasan berkenaan.
“Saya tidak mempunyai lesen memandu. Jadi saya terpaksa ke bandar Serian bersama adik saya dan anak buah untuk mendapatkan khidmat perbankan khasnya bagi mengeluarkan wang belanja.
“Di bank pula ramai orang. Saya pula tidak sihat sangat,” kongsinya ketika ditemui Astro AWANI sewaktu kerja-kerja pemasangan mesin ATM itu pada Selasa.
Mesin ATM ini diletakkan di Gedung Usahawan Gedong. -Gambar Astro AWANI
Mesin ATM ini diletakkan di Gedung Usahawan Gedong. -Gambar Astro AWANI
Ujarnya, penduduk di Gedong menghadapi kesukaran lebih-lebih lagi ketika pandemik COVID-19.
Mereka terpaksa bergerak ke pekan Simunjan dan bandar Serian yang mengambil masa sehingga 40 minit perjalanan, beritahu Kamis.
Walau demikian, tambahnya lagi, perkara itu juga bergantung kepada akses pengangkutan yang ada.
Bercerita lebih lanjut, ujar Kamis, dengan kewujudan mesin ATM tunggal di kawasan itu dapat memberi manfaat besar kepada usahawan sepertinya kerana ianya menjimatkan masa, wang dan tenaga.
“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya sudah bergerak awal ke Serian atau pekan Simunjan. Selalunya selepas subuh.
“Tetapi bank buka pukul 8 pagi. Saya terpaksa menunggu lama,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Kamis turut berharap penambahbaikan fasiliti di Gedong tidak terhenti di situ sahaja, malah lebih banyak kemudahan lain dapat dipertimbangkan oleh pihak berkuasa.
“Kalau ada mesin deposit tunai (CDM) juga lebih baik. Kita di sini dapat menyimpan wang,” tambahnya.
Selain Kamis, keterujaan menerima kemudahan itu turut dikongsi penjawat awam yang bertugas di Gedong, Judaidah Salimun.
“Saya berasal dari Sabah, tetapi saya bertugas di sini lebih kurang 6 tahun. Dengan adanya ATM ini, saya merasakan mesin itu dapat membantu dari segi masa.
“Saya tidak lagi perlu ke bandar Serian untuk mengeluarkan wang.
Topic Berkaitan
#Mesin teler automatik
#ATM Gedong
#Gedong
#Simunjan
#kemudahan perbankan
#luar bandar Sarawak
#AWANI Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan